Tag: April Favorites

Assalamualaikum..

Apesal tajuk April padahal dah Mei kan? Sebenarnya, aku dah di tag oleh blogger Eg untuk buat entry ni. So, jom la kita mulakan. Bulan ni tak banyak sangat benda yang menjadi favorite sebab tak de yang berjaya menawan hatiku. Cehhh. hahah.


Ni benda pertama yang menjadi feveret aku untuk bulan ni. Sebelum ni aku memang guna benda ni daily as a facial wash tapi sekarang aku guna untuk mask je sebab facial wash aku dah tukar kepada Holika Holika Egg Soap. Nak tahu kenapa benda ni best? Benda ni 3in1 wash+scrub+mask so bonus la untuk aku yang kedekut jimat ni. Benda ni pun sangat sesuai untuk aku yang oily and acne-prone skin sebab benda ni menagndungi Salicylic acid dan juga white clay. White clay ni memang bagus untuk acne-prone skin, baca SINI untuk maklumat lebih lanjut ye. Benda ni kowang boleh beli dekat Giant ke Tesco ke Watsons ke mana-mana yang kowang suka.




Yang ni pula mesti ramai yang kenal kan? Kalau kowang tak kenal, meh aku kenalkan. Ni TonyMoly Mini Lip Tint yang banyak ada jual melalui online sekarang ni. Aku suka benda ni sebab senang aku nak buat efek gradient lips. Walaupun bau dia ni agak pelik tapi warna dia tiptop. Kowang boleh beli dekat Mimo Momi.



Lip Gloss ni dah lama dah beli tapi sejak kebelakangan ni dia menjadi feveret aku. Aku baru jatuh cinta dengan lip gloss ni. Warna dia cantik sangat, aku suka dan bau just nice. 3 benda yang aku mesti ada untuk buat gradient lips lip tint, lipstick (nude color) dan lip gloss ni. Superb. Oh ya...yang ni dekat Guardian ada.



Popcorn yang jual dekat Giant tu pun feveret aku bila aku rasa aku nak mengunyah masa tengok tv. hahah. macam tengok wayang la pulak kan. Setiap kali pergi Giant yang ni MESTI beli.


Ok..yang last sekali menjadi feveret aku untuk April ni ialah lagu ni. Aku suka sangat lagu ni sampai masa duk kemaskan raga my babies pun buka dan nyanyi lagu ni. hahah...jiran aku pun pelik tengok (apa kena la dengan budak ni). Yang bestnya, Didi menjerit-jerit marah aku buka lagu ni sebab dia tak suka.




till the next entry
assalamualaikum =)




p/s: apa pula feveret kowang? Meh le share2 =)

3 comments:

  1. yeay! akhirnya menjawab TAG :D

    ReplyDelete
  2. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete