Review: Pixy Makeup Remover

Assalamualaikum...lama giler aku menghilangkan diri kan. Rindu tak? Kihkihkih. Sebenarnya dah lama aku nak up entry tapi disebabkan malas dan jadual harian penuh, jadi bertangguh la dari sehari ke sebulan dan berbulan-bulan (apa aku merepek ni? Hahah). Ok, tak nak mengarut banyak-banyak.

Sebelum ni aku guna makeup remover Silkygirl yang warna biru tu, tapi lepas guna mata aku pedih dan sekeliling mata rasa panas. Lama juga aku guna tapi buat tak tahu jela sebab tak ada apa-apa kesan kan. Tapi bila dah tak tahan nak menanggung kepedihan dan kepanasan tu, aku tak guna dah dan ganti dengan losyen Vaseline (sebab aku kedekut nak beli lain). So, bila nampak Pixy ni aku rasa nak cuba dan yang paling penting sebab saiz dia yang comel dan kiut (50ml harga RM6.90). Dia ada 2 jenis, 1 cleansing lotion (macam toner) 1 lagi wash foam. Aku rembat dua-dua sekali sebab nak cuba mana yang best.

Botol warna pink tu wash foam dan yang jernih tu cleansing lotion. Cleansing lotion tu guna macam makeup remover biasa, sental guna cotton pad dan bau dia sangat-sangat la wangi. Biasa aku guna dalam 2 keping cotton pad je tapi kalau nak remove waterproof eyeliner ke maskara ke kena guna 3 keping cotton pad. Wash foam pula guna macam pencuci muka dan tak ada bau. Yang ni aku kena cuci 2 kali kalau aku tak guna cleansing lotion dulu. Buat masa ni, aku guna cleasing lotion dulu lepas tu wash foam, itu pun kalau heavy makeup la. Kalau untuk rutin, guna cleansing lotion pun dah cukup.

Pendek kata, aku lagi suka cleansing lotion nak-nak lagi dengan saiz yang comel ni sesuai sangat la bawa travel. Jadi tak ada sebab untuk tinggalkan solat ye..hehe (macam pernah dengar tagline ni..oh yaaa pinjam tagline ye Cosmoderm ;) ). By the way, ada je saiz besar (kot2 ada yang tertanya-tanya). Yang paling penting mata tak pedih dan panas lepas guna macam sebelum ni.

Ok la, ni je yang mampu aku review. Kalau korang berminat nak cuba juga boleh cari dekat pasaraya, watsons, guardian ke kedai apek cina tua jual barang runcit (mana tau kot2 ada). Sesapa yang pernah guna atau sedang guna boleh la kongsi review korang dekat kotak komen ok. Sharing is caring kannn.
Tii the next entry
Assalamualaikum ;)



5 comments:

  1. Comeynya packaging dia
    Sebelum ni pernah tengok bedak Pixy je, tak tahu pulak sekarang dah ada rangkaian pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan..dapat tahu pasal produk ni pun masa tengok iklan kat tv. iklan yg joget2 sambil lap muka tu heheh :)

      Delete
  2. best jer. tp sy gn yg loreal pny skrg. nt nk try ni plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tak guna loreal? pernah juga nak cuba tapi tak cuba2 lg sampai skrg =)

      Delete
  3. Приключения проститутки г Киев

    Я вся в вашем распоряжении. Буду ласковой и нежной, желанной и ненасытной! Привычные поступки становятся прекрасными благодаря любви

    ReplyDelete