AKU TAK PUAS HATI!

Hari ni seseorang telah melampaui batas..dia betul-betul buat darah aku naik. X tau la kenapa hari ni aku rasa panas hati, banyak setan agaknya. First yang buat aku panas, abg boy (abg angkat) x jadi balik kampung. Aku dah lama x jumpa dia..ada dalam 3 ke 4 tahun kot. Since dia dah kahwin n dah ada anak sekarang, x pernah lagi jumpa dia. Aku sanggup tangguhkan cari rumah sewa dengan ety hari sabtu ni semata mata nak balik rumah jumpa abg boy n kak lang (3 stooges). Kak lang balik hari ahad n maybe aku balik puncak alam dia yang hantar. Aku x kesah sangat pun dia x jadi balik tapi yang buat aku sakit hati tu, dia hantar sms yang dia x dapat balik dekat ayah aku pukul 9 lebih tadi. Aku tengok mak n ayah aku kecewa la tadi bila dapat sms tu. At least, bagi la tau awal2..frust mak ayah aku tau x. Nasib baik x masak banyak, kalau banyak tadi siapa nak makan? Aku pun x sanggup nak hampakan mak ayah aku tau x. 

Second thing, isu dekat berita pun boleh buat darah aku naik tau. Parah betul aku ni. Kowang tengok berita x tadi? Ala...yang pasal bomba perempuan kena botak kepala tu. Panas hati betul aku...yang dibotakkan kepala owang tu apa pasal? Dalam ISLAM, cukur atau botakkan kepala bagi PEREMPUAN hukumnya HARAM tau x. Botakkan kepala dah menyerupai lelaki, menyerupai lelaki haram disisi agama. Aku bukan nak cakap pandai dan aku bukannya arif soal agama. Tapi aku pernah belajar bab2 agama n aku seorang muslimah, semua orang yang beragama ISLAM patut sedar tentang hal ni. Zaman sekarang ni, kebanyakannya hanya ISLAM pada nama bukan pada agama. Maksud aku nama je ISLAM tapi cara hidup lebih kebaratan. Renung-renungkan la.

Ok, yang ketiga buat aku dah sampai tahap marah. Budak tu dah melampau, tu la jadinya bila x ada sowang dalam rumah ni nak tegur dia. Aku x nak la kalau tegur owang sampai naik tangan, x suka la aku macam tu kan. Adik aku balik lambat tadi...kalau pukul 12 aku boleh terima lagi. Tapi tadi dah pukul 1 x balik2 lagi pahal. Tu pun aku yang call suruh dia balik...nasib ko la kan nak dengar aku melenting. Mentang2 la mak n ayah diam...ko naik taik pulak. Ko ingat ko dah besar nak ikut kepala ko je la...hey hormat sikit mak ayah eh. Walaupun diowang dah x ada satu hari nanti, aku yang jaga ko tau sebab ko tanggungjawab aku paham!

Aku tau la kenapa mak n ayah susah nak tegur adik aku sebab diowang bukan mak n ayah kandung ktowang...tapi aku kakak dia n aku berhak tegur n nasihatkan dia sebab apa yang dia buat tu salah. Aku x suka adik aku hilang hormat dengan orang lain n aku x suka dia duduk lepak sampai tengah malam n buang masa. Aku cuma nak dia jadi orang yang berguna sebab dia akan jadi ketua keluarga satu hari nanti. Aku tengok dia lebihkan kawan sampai x ada masa dengan family. Bukan x boleh, seimbangkan la semua tu. Bagi aku, family yang utama then baru kawan2. Aku macam ni la...bila dah marah owang pas tu rasa bersalah. Arghhhhh....tension la macam ni, ada adik sowang pun susah nak dengar kata. hishhhhhhh.





till the next entry...assalamualaikum =(

Aku Mesti Tengok!

Kowang rasa aku nak tengok apa??? cuba teka.....jeng3. Aku nak tengok filem 3,2,1 cinta, ye aku tau dah lama keluar cerita tu tapi disebabkan sibuk x sempat la nak pergi tengok. Nak tahu sebab apa aku mesti tengok?? Sebab filem ni shooting dekat kampus aku (UiTM Puncak Alam) n nak tengok scene farid kamil terhantuk dekat pondok tu...sakit wooo. SO, AKU MESTI TENGOK! hahahah.






till the next entry
assalamualaikum =)

PPUM =)

Hye sorry la sebab dah lama x update (poyo je..macam la ada orang baca blog ko ni). Susah la nak update sekarang sebab ramai dah tahu blog aku n susah nak mengutuk  sibuk banyak assignment kena buat sebelum praktikal julai ni. Dekat entry ni aku dah cerita kan dekat mana aku posting tapi........x jadi la pulak. Yang sebetul betulnya aku dapat dekat PPUM dengan eg, zati n myra. Alhamdulillah dapat dekat sebab senang ak balik rumah bulan puasa ni...hehehe. Yang buat aku runsing...rumah sewa x jumpa lagi. Ada sesiapa tahu dekat mana boleh dapat rumah sewa yang paling dekat dengan PPUM?? Kalau boleh nak jalan kaki je sebab aku ni mana ada kereta, motor pun adik guna. Kalau kena naik bas maknanya kena keluar awal...tapi kalau boleh x nak la jauh sangat. Kalau ada sesiapa yang tahu pasal rumah sewa 2....tolong bagi tahu eh. PLEASE..




till the next entry
assalamualaikum =)