Saya Pilih MALAYSIA

Assalamualaikum..



Setiap kali tengok iklan yang dekat atas ni, mesti ada satu perasaan yang tak best tau. Nak tahu perasaan apa? Cemburu, sedih, rasa macam 'tak berguna' pun ada juga. Perasaan ni muncul mungkin sebab aku tak daftar mengundi. Nak daftar pun, dah tak sempat dah. So, pasrah je la. Mungkin tak ada rezeki nak mengundi tahun ni untuk pertama kalinya. Sebenarnya kan dari tahun 2011 lagi aku dah excited dah nak mengundi ni. huhuhu over kan?

 Nak jadikan cerita, hari apa entah minggu lepas, petang tu ada la owang ni datang rumah hantar slip nama bagi yang boleh mengundi untuk satu keluarga. Aku tengok la slip tu, ada nama mak, ayah, kak lang, abg epul, mak cik aku dan last sekali ada nama aku. Aku pun dah pelik dah masa tu, awat ada nama aku pula ni kan? Aku tanya ayah kenapa ada nama aku sedangkan aku tak daftar lagi. Ayah cakap owang tu dah daftarkan kot, cuba confirmkan dengan SPR.

Aku cek dekat SPR malam tu, dannnnnnn YES memang ada. Aku tak tahu la siapa yang daftarkan, tapi aku rasa happy sangat. ALLAH swt makbulkan doa aku. Alhamdulillah...dapat juga hak memilih untuk tahun ni. Sekarang bila tengok iklan tu, aku jadi lagi semangat sebab aku dah boleh mengundi. Saya pilih MALAYSIA!



Saya pilih mengundi, anda bagaimana?

3 comments:

  1. komen entry sya yang ni jom , sya masuk ga komen terbanyak .. help kay

    http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/04/blogging-contest-by-tumtumshop.html

    ReplyDelete
  2. tahniah ecah..

    jom kita pangkah orang2 yg bukan ckp kosong..bukan "manifesto bukan janji"..

    ReplyDelete