Kolam Air Panas Mayon

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni malas giler nak update blog walaupun diri ni meronta-ronta nak join GA dan segmen tapi malas menebal dalam diri. Terima kasih ye pada yang jemput join GA dan segmen. Draft pun dah berlambak tunggu nak publish tapi kemalasan melanda tak boleh nak buat apa la kan. Adoi...kenapa la dengan kau ni echa woi! Sekarang ni aku dah ada aktiviti lain dah pada waktu pagi selain terbongkang tidur hahah. Mak aku la punya idea ni. Dia dah lama dah sakit kaki, mulanya ankle sprain sejak 4 tahun lepas. Dah lama-lama ni, ankle tu dah recover la kot tapi gastroc muscle (betis) pulak yang buat masalah. Lenguh la, kejang la, berangin la (macam mana tu?). 

Dah macam-macam aku buat, letak hot pack la, stretching la, massage la dan macam-macam lagi tapi sakit tu hilang sekejap je. Nak-nak lagi sekarang ni kan aku ada dekat rumah, so hari-hari la dia minta urut. Tapi urut-urut ni bukan aktiviti pagi aku tau...yang ni malam punya. Pagi dalam pukul 9 macam tu, aku, mak dan ayah pergi rendam kaki dekat kolam air panas. Tak la dekat sangat dan tak la jauh sangat dari rumah aku. Kolam tu FREE OF CHARGE ok. Kau nak datang bila-bila masa yang kau suka pun tak apa. First day, rendam-rendam kaki je. Esoknya datang lagi...rendam kaki juga. Tadi, rendam sampai paras peha dah. Slow-slow dulu, Kalau hari pertama kau terus terjun dalam kolam tu, mahunya tak terperanjat segala organ dan sistem badan kau sebab kolam ni memang air panas original punya bukan yang macam dekat wet world ke hot spring ke. Memang pure punya. Best sangat pergi situ, badan rasa ringan je dan kaki mak aku pun dah kurang sakit but still kena urut lagi (mak nak manja-manja dengan anak la tu). Gambar aku tak snap pun sebab ramai orang. Nanti kalau ada peluang aku snap ok. 



Sebelum balik tadi, courier skynet hantar stok barang dari SOPHIE Paris. Ini je yang tinggal, yang lain dah pos pada tuan empunya.



Nak test barang ni dulu...nanti aku review ok



till the next entry 
assalamualaikum =)

3 comments:

  1. perghhh, bastnya rendam air panas. hihihi

    ReplyDelete
  2. hehe...best. tapi yg x tahannya lepas balik mesti nak tido je.

    ReplyDelete
  3. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete