Alhamdulillah...akhirnya, kami berjaya.

Assalamualaikum

Dah 3 hari berlalu, baru hari ni ada kerajinan untuk up entry pasal konvo sabtu lepas iaitu 18 Mei 2013. Hahah...nampak sangat pemalas. Setelah 3 tahun, bergumpal dan bergusti dengan buku-buku fisioterapi, anatomi serta pesakit di hospital (over la sampai bergusti). Akhirnya, berkat usaha dan doa mak ayah membuahkan hasil. Rasa macam baru je semalam habis spm. Tak sangka dah habis diploma, lepas ni in shaa Allah degree, lepas tu kerja, lepas tu kawen...oppsss hahahh. Ok la, jom layan gambar.



Ok...we start with this picture. Gambar ni dekat rumah, seminggu sebelum konvo. Ni la mak, abah dan adik aku. Mak dan abah tak dapat datang masa aku konvo nanti sebab mak kerja. So, tangkap gambar sama-sama pun jadila kan. 


















Hanya sebahagian dari HS114, yang lain tak tahu pergi mana. 



Finally, we did it! Alhamdulillah. 



Terima kasih mak dan ayah. Terima kasih sebab tak putus-putus bagi kakak semangat untuk bangun semula. Ini je yang mampu kakak hadiahkan buat masa ni. In shaa Allah pada masa akan datang, kakak akan buat yang lebih baik dan pakai jubah yang ada line dekat lengan tu ye. UiTM dihatiku =)
  


Lepas habis konvo, terus pecut ke Rawang jumpa 3 budak nakal ni. Tapi dalam gambar ni sorang je ada sebab abang-abang iecha sibuk duk buat benda lain. Makin cantik anak dara ni. Nak pakai skirt aje dia. Feveret kaler mestila pink sebab dia princess. huhuhuhu.




till the next entry 
assalamualaikum 







   

4 comments:

  1. Salam singgah. best nya konvo. Done follow #631. studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...terima kasih sudi singgah dan follow =)

      Delete
  2. Tahniah ! belajar jangan kenal penat . Blogwalking pun dapat ilmu juga ...

    ReplyDelete