Sampainya hati...

Assalamualaikum...

Penat berjalan semalam tak habis lagi ni. Over kan? Dah tidur nyenyak sampai meleleh air liur basi pun tak hilang penat lagi hahaha...acah je. Semalam kena pergi Shah Alam uruskan hal yang patut diuruskan dan jumpa kawan-kawan yang dah lama tak bersua muka...so riuhla jadinya KFC seksyen 7 tu (padahal 3 owang je pun) heheh. Pagi ni dah kena bangun awal, kemaskan raga my babies dan bagi diowang makan. Dalam pukul 10 lebih tadi pula, kena pergi ambil barang dekat courier Skynet dan beli barang dapur untuk mak. Lepas balik tu online kejap, check order dan prepare barang untuk pos hari ni. Tiba-tiba telefon rumah berbunyi, ikuti perbualan berikut:

aku: hello

unknown: hello assalamualaikum (nada yang lembut)

aku: waalaikumussalam (suara macam maklong aku je)

unknown: cah, ambek kucing kau ni! kang induk racun kang! (nada suara yang tinggi)

aku: terpaku, tergamam, berfikir seketika (bila pula kucing aku keluar? semua tengah tidur dalam raga tu ha)

unknown: ni induk midah ni. kucing ko ni dekat rumah induk ha! gomok-gomok, induk panggil dia datang! ko tak ambek induk racun kang! (nada suara makin tinggi)

aku: ha? kucing sey ada kat dalam raga, induk. 

unknown: kucing ni datang dari rumah halim. ko tak ambek induk racun kang! 

aku: kucing sey tak do keluar do. ado kek dalam rago tu ha. kucing tu memang duk kek rumah halim. dio duk kek keto buruk tu ha.

unknown: owh..yoko? hmmm.

aku: (terus letak telefon)


Terkejut I tau, tiba-tiba kena serang.
Ok...the first thing is, aku kenal dia ni. Rumah dia dan rumah aku selang sebuah rumah je which means rumah yang tengah ialah rumah halim tapi rumah tu memang semak dan jarang ada orang balik. Second, tak boleh cakap elok-elok ke? Contohnya, macam ni "cah, kucing ko ada yang terlepas ke? ada kucing gemuk-gemuk datang rumah induk ha." Kalau cakap macam ni, sekurang-kurangnya aku boleh pergi tengok kot-kot kucing yang dimaksudkan tu kucing aku ataupun tidak. Ni tak, terus tempik aku seolah-olah aku ni yang bersalah. What the &#*&^#*? 

Lagi satu, kalau kau marah sangat dengan kucing tu, tak kan la sampai nak racun-racun bagai? Mana pergi perikemanusiaan kau? Ya Allah, berdosanya engkau membunuh makhluk yang tak bersalah. Apa salah dia sampai kau nak bunuh dia? Nauzubillahiminzalik. Aku kenal kucing tu, memang gebu-gebu dan comel. Aku jumpa kucing tu dekat sebelah pagar rumah halim, dekat kawasan tu ada sebuah kereta buruk dan pintu kereta tu terbuka tapi tak la luas sangat. 

Hari Isnin lepas aku cari Cici, masa tu dah nak dekat maghrib. Bila aku panggil Cici, kucing yang comel tu datang dekat sebelah pagar tu seolah-olah aku panggil dia. Bukan seekor tapi 5 ekor, dah besar dah dalam 6 bulan macam tu la. Bulu dia warna putih dan bersih sangat macam ada owang bela. Tapi aku rasa dia duk dekat dalam kereta tu sebab sebelum ni tak pernah nampak pun. Mama dia pun ada juga. Aku rasa dia pergi rumah induk tu pun sebab dia lapar kan, nak-nak lagi rumah induk dengan rumah halim tu ada pagar yang dah roboh. Tapi, apa salahnya bagi ikan bilis ke lebih lauk semalam ke. Kalau tak nak bagi pun, jangan la sampai membunuh. Tak tahu la. Hilang hormat aku terhadap owang macam ni. Sampainya hati kau.





4 comments:

  1. SOBA YO LAH CHAH....
    KENKADANG TU BUKAN SUMO ORG GOMAR KUCING MACAM CHAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang la bukan semua orang suka kan kucing. kalau tak suka, halau je la. perlu ke sampai membunuh. akhirat sok jawab la.

      Delete
  2. sabar je la... tp sebab kucing pun sampai cakap macam tu. apa dah..

    ReplyDelete