Alhamdulillah...akhirnya, kami berjaya.

Assalamualaikum

Dah 3 hari berlalu, baru hari ni ada kerajinan untuk up entry pasal konvo sabtu lepas iaitu 18 Mei 2013. Hahah...nampak sangat pemalas. Setelah 3 tahun, bergumpal dan bergusti dengan buku-buku fisioterapi, anatomi serta pesakit di hospital (over la sampai bergusti). Akhirnya, berkat usaha dan doa mak ayah membuahkan hasil. Rasa macam baru je semalam habis spm. Tak sangka dah habis diploma, lepas ni in shaa Allah degree, lepas tu kerja, lepas tu kawen...oppsss hahahh. Ok la, jom layan gambar.



Ok...we start with this picture. Gambar ni dekat rumah, seminggu sebelum konvo. Ni la mak, abah dan adik aku. Mak dan abah tak dapat datang masa aku konvo nanti sebab mak kerja. So, tangkap gambar sama-sama pun jadila kan. 


















Hanya sebahagian dari HS114, yang lain tak tahu pergi mana. 



Finally, we did it! Alhamdulillah. 



Terima kasih mak dan ayah. Terima kasih sebab tak putus-putus bagi kakak semangat untuk bangun semula. Ini je yang mampu kakak hadiahkan buat masa ni. In shaa Allah pada masa akan datang, kakak akan buat yang lebih baik dan pakai jubah yang ada line dekat lengan tu ye. UiTM dihatiku =)
  


Lepas habis konvo, terus pecut ke Rawang jumpa 3 budak nakal ni. Tapi dalam gambar ni sorang je ada sebab abang-abang iecha sibuk duk buat benda lain. Makin cantik anak dara ni. Nak pakai skirt aje dia. Feveret kaler mestila pink sebab dia princess. huhuhuhu.




till the next entry 
assalamualaikum 







   

Rezeki Si Tenit

Assalamualaikum...

Petang tadi duk lepak-lepak tengok tv tiba-tiba adik panggil cakap ada barang untuk aku. Tapi yang dihulurkan pada aku surat bukan barang (budak ni tahu bezakan surat ke tak?). Bila pegang, baru rasa macam ada benda dekat dalam sampul. Owh...patutla dia cakap barang. Buka-buka je....rupanya benda ni yang keluar. Jeng3



Alhamdulillah. Dapat ni pun sebab isi details my babies dekat FB Whiskas Malaysia bulan lepas. Tak sangka pula dapat. Terima Kasih Whiskas!



Darling pun nak posing tau dengan Whiskas walaupun dia tahu dia tak akan dapat punya. Posing pun jadi la. Nak bagi dekat siapa ye????



So, Si Tenit yang baru nak masuk 2 bulan ni la yang akan dapat Whiskas ni. heheh. Oh ya, mereka bukan lagi enam ekor tapi dah tinggal 4. Ayong dan Jojo dah tak ada. 



till the next entry
assalamualaikum =)


Sampainya hati...

Assalamualaikum...

Penat berjalan semalam tak habis lagi ni. Over kan? Dah tidur nyenyak sampai meleleh air liur basi pun tak hilang penat lagi hahaha...acah je. Semalam kena pergi Shah Alam uruskan hal yang patut diuruskan dan jumpa kawan-kawan yang dah lama tak bersua muka...so riuhla jadinya KFC seksyen 7 tu (padahal 3 owang je pun) heheh. Pagi ni dah kena bangun awal, kemaskan raga my babies dan bagi diowang makan. Dalam pukul 10 lebih tadi pula, kena pergi ambil barang dekat courier Skynet dan beli barang dapur untuk mak. Lepas balik tu online kejap, check order dan prepare barang untuk pos hari ni. Tiba-tiba telefon rumah berbunyi, ikuti perbualan berikut:

aku: hello

unknown: hello assalamualaikum (nada yang lembut)

aku: waalaikumussalam (suara macam maklong aku je)

unknown: cah, ambek kucing kau ni! kang induk racun kang! (nada suara yang tinggi)

aku: terpaku, tergamam, berfikir seketika (bila pula kucing aku keluar? semua tengah tidur dalam raga tu ha)

unknown: ni induk midah ni. kucing ko ni dekat rumah induk ha! gomok-gomok, induk panggil dia datang! ko tak ambek induk racun kang! (nada suara makin tinggi)

aku: ha? kucing sey ada kat dalam raga, induk. 

unknown: kucing ni datang dari rumah halim. ko tak ambek induk racun kang! 

aku: kucing sey tak do keluar do. ado kek dalam rago tu ha. kucing tu memang duk kek rumah halim. dio duk kek keto buruk tu ha.

unknown: owh..yoko? hmmm.

aku: (terus letak telefon)


Terkejut I tau, tiba-tiba kena serang.
Ok...the first thing is, aku kenal dia ni. Rumah dia dan rumah aku selang sebuah rumah je which means rumah yang tengah ialah rumah halim tapi rumah tu memang semak dan jarang ada orang balik. Second, tak boleh cakap elok-elok ke? Contohnya, macam ni "cah, kucing ko ada yang terlepas ke? ada kucing gemuk-gemuk datang rumah induk ha." Kalau cakap macam ni, sekurang-kurangnya aku boleh pergi tengok kot-kot kucing yang dimaksudkan tu kucing aku ataupun tidak. Ni tak, terus tempik aku seolah-olah aku ni yang bersalah. What the &#*&^#*? 

Lagi satu, kalau kau marah sangat dengan kucing tu, tak kan la sampai nak racun-racun bagai? Mana pergi perikemanusiaan kau? Ya Allah, berdosanya engkau membunuh makhluk yang tak bersalah. Apa salah dia sampai kau nak bunuh dia? Nauzubillahiminzalik. Aku kenal kucing tu, memang gebu-gebu dan comel. Aku jumpa kucing tu dekat sebelah pagar rumah halim, dekat kawasan tu ada sebuah kereta buruk dan pintu kereta tu terbuka tapi tak la luas sangat. 

Hari Isnin lepas aku cari Cici, masa tu dah nak dekat maghrib. Bila aku panggil Cici, kucing yang comel tu datang dekat sebelah pagar tu seolah-olah aku panggil dia. Bukan seekor tapi 5 ekor, dah besar dah dalam 6 bulan macam tu la. Bulu dia warna putih dan bersih sangat macam ada owang bela. Tapi aku rasa dia duk dekat dalam kereta tu sebab sebelum ni tak pernah nampak pun. Mama dia pun ada juga. Aku rasa dia pergi rumah induk tu pun sebab dia lapar kan, nak-nak lagi rumah induk dengan rumah halim tu ada pagar yang dah roboh. Tapi, apa salahnya bagi ikan bilis ke lebih lauk semalam ke. Kalau tak nak bagi pun, jangan la sampai membunuh. Tak tahu la. Hilang hormat aku terhadap owang macam ni. Sampainya hati kau.





Bosan, tension, stress!!

*entry ni mungkin akan menaikkan darah sesetengah pihak tapi suka hati aku la, blog aku!

Aku meluat sangat 1000x sebab buka FB je, dekat news feed tu cerita pasal PRU aje. Tak puas hati la, tak adil la, penipu la, apa la. Tension ok bagi aku yang membaca ni. Arghhhhh. So, disebabkan aku tak nak ada tekanan darah tinggi dan akhirnya menyebabkan aku stroke pada awal 20an ni. Aku remove je diowang walaupun diowang tu classmate aku..aku peduli apa. Ni baru FB, nasib baik aku tak ada twitter. Oh ya...nak share gambar sat.


Aku tak tau la sabun pencuci apa yang depa guna untuk sental dakwat kekal ni. Tapi yang ni baru je aku snap tadi, masih ada kesan dekat celah-celah kuku tu ok. Sampai merah aku sental tapi tak hilang jugak pun.  Mungkin aku guna sabun murah kot. Meh bagi pinjam sabun hang. Yang minta dakwat kekal ni digunakan pun hang, jadi yang hang nak bising teriak sana sini pahal? Gila ka?




De Lavenda Shop Giveaway

*short entry

Assalamualaikum...

De Lavenda Shop sedang buat GA yang pertama kalinya. Jom join GA De Lavenda Shop. Klik SINI ye =)


Kalau 32 macam mana?

Assalamualaikum...



Cuba tengok video atas ni..comel kan? Kalau sekor minta macam ni dekat aku boleh la tahan lagi. Kalau 32 minta macam ni serentak? Hahah....tak ke pengsan jadinya. hahah. Binatang pun perlukan perhatian, apatah lagi manusia. Sekarang pun Didi dah mula protes, sebab mungkin aku lebihkan yang baby. Yela, sebab aku anggap Didi dah besar boleh bawa diri. Padahal tak, dia masih perlukan perhatian. Tak kisah la berapa besar pun nombor tu 32 ke 28 ke 45 ke....kasih sayang aku terhadap diowang sama je, tak lebih tak kurang.  Hari tu Aby hilang sebab ada sowang budak sengal ni datang rumah sergah dan takut-takutkan Aby. Dah la si Aby ni tak pernah keluar dari kawasan rumah, sampai maghrib aku mencari dia. Last-last jumpa dia dekat rumah jiran bergaduh dengan Kontot. Sejak dari hari tu, aku anti dengan budak tu. Oh ya...ayah budak tu la yang bela Kontot tu. Hahah.



till the next entry
assalamualaikum =)

Tag: April Favorites

Assalamualaikum..

Apesal tajuk April padahal dah Mei kan? Sebenarnya, aku dah di tag oleh blogger Eg untuk buat entry ni. So, jom la kita mulakan. Bulan ni tak banyak sangat benda yang menjadi favorite sebab tak de yang berjaya menawan hatiku. Cehhh. hahah.


Ni benda pertama yang menjadi feveret aku untuk bulan ni. Sebelum ni aku memang guna benda ni daily as a facial wash tapi sekarang aku guna untuk mask je sebab facial wash aku dah tukar kepada Holika Holika Egg Soap. Nak tahu kenapa benda ni best? Benda ni 3in1 wash+scrub+mask so bonus la untuk aku yang kedekut jimat ni. Benda ni pun sangat sesuai untuk aku yang oily and acne-prone skin sebab benda ni menagndungi Salicylic acid dan juga white clay. White clay ni memang bagus untuk acne-prone skin, baca SINI untuk maklumat lebih lanjut ye. Benda ni kowang boleh beli dekat Giant ke Tesco ke Watsons ke mana-mana yang kowang suka.




Yang ni pula mesti ramai yang kenal kan? Kalau kowang tak kenal, meh aku kenalkan. Ni TonyMoly Mini Lip Tint yang banyak ada jual melalui online sekarang ni. Aku suka benda ni sebab senang aku nak buat efek gradient lips. Walaupun bau dia ni agak pelik tapi warna dia tiptop. Kowang boleh beli dekat Mimo Momi.



Lip Gloss ni dah lama dah beli tapi sejak kebelakangan ni dia menjadi feveret aku. Aku baru jatuh cinta dengan lip gloss ni. Warna dia cantik sangat, aku suka dan bau just nice. 3 benda yang aku mesti ada untuk buat gradient lips lip tint, lipstick (nude color) dan lip gloss ni. Superb. Oh ya...yang ni dekat Guardian ada.



Popcorn yang jual dekat Giant tu pun feveret aku bila aku rasa aku nak mengunyah masa tengok tv. hahah. macam tengok wayang la pulak kan. Setiap kali pergi Giant yang ni MESTI beli.


Ok..yang last sekali menjadi feveret aku untuk April ni ialah lagu ni. Aku suka sangat lagu ni sampai masa duk kemaskan raga my babies pun buka dan nyanyi lagu ni. hahah...jiran aku pun pelik tengok (apa kena la dengan budak ni). Yang bestnya, Didi menjerit-jerit marah aku buka lagu ni sebab dia tak suka.




till the next entry
assalamualaikum =)




p/s: apa pula feveret kowang? Meh le share2 =)