Yes...aku still amalkan adat perpatih~

Hey kowang!! Setiap kali bila aku kenal dengan chatters n bila aku cakap aku asal N9 mesti diowang tanya 

"amalkan adat perpatih lagi ke?"
"yes of course la" aku jawab cam 2 je....heheh

Ramai jugak la kawan aku tanya pasal adat perpatih...yang femes nya "betul ke kalau lelaki kahwin dengan perempuan N9 lepas cerai tinggal sehelai sepinggang?" itu aku x pasti sebab aku pun kantoi sejarah masa sekolah dulu...hahah. Yang aku tau pun pasal waris harta pusaka itu je la.

Tapi kan petang semalam ada la dapat sikit info masa borak2 dengan mak aku dekat depan rumah sambil tengok owang lalu lalang. Cerita ni pun mula sebab jiran sebelah ni nak buat cukur jambul anak sulung, itu yang macam2 cerita keluar lepas 2. Nak tau cerita apa??? 

1. Mak aku cakap, mertua (emak lelaki) kena la bagi hadiah 1 pemakaian untuk baby. Contohnya, baju dia, tilam (termasuk bantal tido n bantal peluk), bedak n macam2 lagi. Pendek kata serba serbi mesti lengkap. Kalau emak mertua yang berkemampuan boleh hadiahkan buaian ke apa2 je lah. Hadiah2 tu semua kena letak dekat sebelah baby. Adat ni buat masa anak sulung je tapi kalau nak buat setiap kali menantu 2 bersalin pun boleh jugak. 

2. Masa menantu lepas bersalin, emak mertua yang kena bayarkan upah bidan yang menjaga n belikan ubat2 selepas bersalin. X silap aku mak mertua pun kena bawakan pulut n 50 biji telur rebus masa majlis cukur jambul 2.

3. Kalau masa bulan puasa pulak, hari puasa pertama si menantu (perempuan) kena hantarkan lauk pauk dekat rumah mak mertua. Mak aku buat semua ni, dia cakap macam2 lauk dia hantar tapi dia hantar untuk nenek ayah aku jugak. Raya pulak kena hantar kuih raya, kek n kuih muih, hantar masa hari last puasa. Kowang mesti fikir macam banyaknye kena hantar kan? Tapi, bila dapat balik bekas2 tu, si mertua berbalas balik tau. Contohnya, dalam bekas tadi dia letak tepung, gula, duit, kelapa n macam2 la yang dia nak bagi.

4. Bila mertua meninggal dunia, setiap menantu bawakan bantal untuk mertua. Aku x tau sebab apa tapi macam 2 la yang aku tengok masa arwah atok aku meninggal dulu. Mak aku cakap, menantu pun bawa telur dengan bunga putih. Ala...bunga telur 2 tapi bunga dia warna putih.

Kalau kowang2 nak tau lebih lagi pasal adat perpatih ni kowang boleh la cuba search dekat google 2. Malas nak search klik sini dan sini. OK=)



Till the next entry
assalamualaikum (:

2 comments:

  1. menarik jugak adat ni ye? he he...
    saya follower baru..moh follow saya..ada tuto mekap dan lain2..klik sini zoey zau yah ska-ska hati

    ReplyDelete