Saya Pilih MALAYSIA

Assalamualaikum..



Setiap kali tengok iklan yang dekat atas ni, mesti ada satu perasaan yang tak best tau. Nak tahu perasaan apa? Cemburu, sedih, rasa macam 'tak berguna' pun ada juga. Perasaan ni muncul mungkin sebab aku tak daftar mengundi. Nak daftar pun, dah tak sempat dah. So, pasrah je la. Mungkin tak ada rezeki nak mengundi tahun ni untuk pertama kalinya. Sebenarnya kan dari tahun 2011 lagi aku dah excited dah nak mengundi ni. huhuhu over kan?

 Nak jadikan cerita, hari apa entah minggu lepas, petang tu ada la owang ni datang rumah hantar slip nama bagi yang boleh mengundi untuk satu keluarga. Aku tengok la slip tu, ada nama mak, ayah, kak lang, abg epul, mak cik aku dan last sekali ada nama aku. Aku pun dah pelik dah masa tu, awat ada nama aku pula ni kan? Aku tanya ayah kenapa ada nama aku sedangkan aku tak daftar lagi. Ayah cakap owang tu dah daftarkan kot, cuba confirmkan dengan SPR.

Aku cek dekat SPR malam tu, dannnnnnn YES memang ada. Aku tak tahu la siapa yang daftarkan, tapi aku rasa happy sangat. ALLAH swt makbulkan doa aku. Alhamdulillah...dapat juga hak memilih untuk tahun ni. Sekarang bila tengok iklan tu, aku jadi lagi semangat sebab aku dah boleh mengundi. Saya pilih MALAYSIA!



Saya pilih mengundi, anda bagaimana?

Bubbly & Associates Giveaway



SYARAT2 PENYERTAAN

1) Follow Blog Farah's Bubblynotes

2) Follow Blog Sponsors:

3) Klik Kesemuanya Di Bawah Ini:


(WAJIB FOLLOW & WAJIB LIKE - AKAN DISEMAK)

4) Dah settle follow mengfollow & main klik-klik... Sila buat satu entri bertajuk:
Bubbly & Associates Giveaway

5) Copy coding HTML di bawah ini dan paste ke HTML post... Contoh..." Kakak +Mia Liana pinjam tutorial... "

Credit pada Kakak +Mia Liana / Mia Liana

6) Lepas dah copy + paste... Publish entri...Siap...

7) TAG SEORANG BLOGGER & PASTIKAN BELIAU TAHU MENGENAI GA INI

8) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entri ini...

Pemenang akan dipilih berdasarkan Random.ORG... (baik doa yang Pakcik Random sayang uols... ) dan bagi senarai hadiah sila tekan SINI dan SINI

New look!

Assalamualaikum..


Kan aku ada bagi tahu dekat entry sebelum ni yang blog aku sekarang tengah renovate. Dan apa yang kowang tengok sekarang, ini la hasilnya....tadaaaa. Actually, bukan aku yang makeover blog ni. Ini adalah hasil kreativiti KmliaHshm. Makeover ni juga hadiah GA dari Nur Alja. Terima kasih K dan Alja. Oh ya..kalau kowang berminat dengan hasil kerja K ni, kowang boleh la buat tempahan dengan K. Nak tahu macam mana? Berapa bayaran? Kowang rujuk SINI

p/s: I really love the new header. simple but nice 


till the next entry
assalamualaikum =)

p/s lagi: comment box hilang mana entah, kowang tinggalkan la komen dekat chatbox ye =)

Pre Order Batch 2

Assalamualaikum..

De Lavenda Shop telah buka pre order untuk produk Korea dan E.L.F Cosmetics untuk kali ke-2. Pre order kali ni, ada produk terbaru iaitu Etude House Silk Scarf (Hair care product). Jika berminat, boleh buat tempahan di De Lavenda Shop atau SMS 011 1541 3209
Pre order dibuka sehingga 5 Mei 2013



Jom tengok album ni

Skin Care Tips for Oily Skin

Assalamualaikum..

It's been awhile since I did not updated my blog. As you can see my blog is under renovation right now, will update about it later ok. Tetiba je engkau...terkeluar pulak omputeh nya. Hahaha. Ok...let's move on, hari ni aku nak share a few tips pasal skin care untuk kulit berminyak disebabkan aku mempunyai jenis kulit yang berminyak. Duk blogwalking tadi, terjumpa la artikel ni dari dailyglow.com. Jom baca sat...tak rugi pun.



Cleansing

If you have oily skin, you might make the common mistake of using a facial cleanser several times a day. You might be turning to your cleanser every time your skin begins to feel oily, but this is a big NO. Overcleansing the skin can cause oil production to increase, you are worsening the problem. You shouldn't use a facial cleanser more than twice a day. There are several qualities you should look for in a facial cleanser. People with oily skin should opt for an oil-free, noncomedogenic foaming cleanser that has salicylic acid or benzoyl peroxide as an ingredient, according to the American Academy of Dermatology (AAD). Haaa...ini aku la ni, bila baru 2 hari guna dan terasa makin berminyak muka dah mula la negative thinking (tak sesuai la cleanser ni). Start from now, jangan fikir macam ni. Guna dalam seminggu lebih baru la boleh judge. Ok girls? hahah. Lagi satu, untuk oily skin and acne prone skin, cari la cleanser yang ada salicylic acid. For example yang aku pernah guna Garnier Pure Active dan sekarang ni guna Garnier Pure 3 in 1 (sebab lagi jimat haha).


Moisturizer

You might think that moisturizing oily skin is a bad idea because it will make your skin worse. The truth is that even oily skin needs moisture every day. The AAD recommends using a lightweight, noncomedogenic moisturizer that also works as a sun blocker. Water-based moisturizers are also ideal if you have oily skin. Kalau moisturiser ni, aku pakai Garnier Light (ni bila rajin) dan Body Shop Vitamin E Face Mist (ni bila malas). 



Exfoliator


Exfoliating may seem like a good way to remove your skin's natural oils, but this can also stimulate oil production. The purpose of exfoliating is not to remove your skin's natural oils but to get rid of dead skin cells. The AAD recommends people with oily skin exfoliate once or twice a week. If you have oily skin, look for an exfoliator that is oil free. Choosing the right products for oily skin and learning how to use them properly are the best ways to keep your skin under control. Using products that are oil free, noncomedogenic, and contain salicylic acid or benzoyl peroxide is one of the best ways to help prevent breakouts. Exfoliator yang oil free aku tak jumpa lagi, but for now aku cuma guna TonyMoly Appletox. 


Itu je la aku boleh share. Nak kata aku ada perfect skin, tak jugak. Dah ini je yang mampu milik..hahah. Nak beli SKII memang tak mampu la jemah oiii. Nak kumpul duit la macam ni. Wish me luck.



Haaaa....ni melampau ni. Kena basuh dengan axion baru bebas minyak. haaha



p/s: taip entry sambil dengar Troublemaker
oh yaa...kotak komen belum ada lagi. kalau nak komen apa2 dekat shoutbox je la ye.

till the next entry
assalamualaikum =)

Organiser Series

Assalamualaikum..

Jom tengok koleksi terbaru organiser di De Lavenda Shop







Free Postage

Assalamualaikum..

Sekarang tengah ada promosi di De Lavenda Shop. Setiap pembelian RM30 keatas, kos penghantaran adalah PERCUMA. Promosi akan berlangsung selama seminggu dari 15 April 2013 sehingga 21 April 2013. Sebarang pertanyaan, boleh PM kami di De Lavenda Shop atau SMS kami ke 011 1541 3209



Apa nak jadi?

Assalamualaikum..

Rasanya ni kali kedua aku post entry title apa nak jadi kan? Sebabnya title ni je la yang sesuai dengan apa yang aku nak kongsi hari ni. Mesti ramai dah tengok video budak kurang cerdik yang berlagak hero tu kt FB kan. Ala yang buli ketua tingkatan tu. Menyirap jugak darah aku tengok video tu. Kalau la adik aku yang terlibat masa tu, aku dah benam dah kepala dia dalam air. Bak kata owang dulu "kecik-kecik tak nak mampos dah besar menyusahkan owang lain". Apa yang kau dapat dik oi bila kau buat macam tu? Dah la buat benda salah lepas tu dengan besar hati tunjuk dekat 1 dunia. Kau nak tunjuk apa? Tunjuk kau tu hebat sangat boleh belasah owang? Ke kau nak glamor? Apa kau pikir pengarah filem tengok video tu terus ambek kau berlakon dalam cerita juvana ke? Mak bapak hantar kau pergi sekolah tuntut ilmu der. Kalau kau buat kerja macam ni sia-sia je la pengorbanan mak bapak kau. Apa nak jadi dik oi!!!




This is YOU!

Ready Stock

Assalamualaikum..

Now available at De Lavenda Shop


Innisfree Capsule Recipe Pack ( wash off mask)



Scrublet

Holika Holika Egg Soap Special Set

Etude House Bling Bling Eye Stick



SOPHIE Facial Brush



SOPHIE Peel-off mask



PM De Lavenda Shop to purchase

Anda sudah? Saya belum.

Assalamualaikum...


Penatnya la hari ni walaupun tak banyak kerja kena buat. Kemalasan sedang melanda. Hari ni tak pergi Kolam air panas sebab ada perkara perlu dibuat atas permintaan emak ku sendiri. Mak kandung aku suruh buat akaun ASB tadi dan teman dia shopping barang sikit. Mestila kowang pelik kan? Mak kandung? hahah. Kalau  kowang follow dari mula kowang tahu la aku ada 2 mak dan 2 ayah. heheh. Tapi tak apa, tak penting pun. So, punya la lama dalam pejabat pos tadi siap pos parcel untuk customer sekali. Aku ni memanjang la lupa...pergi pejabat pos hari-hari tapi daftar mengundi idok lagi. Teruk kan. Harap-harap esok ingat la. Bulan ni banyak benda kena buat. Daftar tu la, daftar ni la, mohon tu la, mohon ni la. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar...amin. Oh ya, anak aku dah bertambah jadi 33 dah. Ada idea tak nak letak nama apa? Kalau ada idea, jangan malu jangan segan letak je dekat kotak komen tu ye. Idea anda amat dihargai..=)



till the next entry
assalamualaikum =)

Birthday Giveaway Nur Alja

Photobucket

Assalamualaikum...jom join GA Nur Ajla ni ramai-ramai. Klik banner untuk join ye.

Tarikh Tutup : 5 April 2013 11.59 Malam

Harap-harap ada rezeki....amin =)

Kolam Air Panas Mayon

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni malas giler nak update blog walaupun diri ni meronta-ronta nak join GA dan segmen tapi malas menebal dalam diri. Terima kasih ye pada yang jemput join GA dan segmen. Draft pun dah berlambak tunggu nak publish tapi kemalasan melanda tak boleh nak buat apa la kan. Adoi...kenapa la dengan kau ni echa woi! Sekarang ni aku dah ada aktiviti lain dah pada waktu pagi selain terbongkang tidur hahah. Mak aku la punya idea ni. Dia dah lama dah sakit kaki, mulanya ankle sprain sejak 4 tahun lepas. Dah lama-lama ni, ankle tu dah recover la kot tapi gastroc muscle (betis) pulak yang buat masalah. Lenguh la, kejang la, berangin la (macam mana tu?). 

Dah macam-macam aku buat, letak hot pack la, stretching la, massage la dan macam-macam lagi tapi sakit tu hilang sekejap je. Nak-nak lagi sekarang ni kan aku ada dekat rumah, so hari-hari la dia minta urut. Tapi urut-urut ni bukan aktiviti pagi aku tau...yang ni malam punya. Pagi dalam pukul 9 macam tu, aku, mak dan ayah pergi rendam kaki dekat kolam air panas. Tak la dekat sangat dan tak la jauh sangat dari rumah aku. Kolam tu FREE OF CHARGE ok. Kau nak datang bila-bila masa yang kau suka pun tak apa. First day, rendam-rendam kaki je. Esoknya datang lagi...rendam kaki juga. Tadi, rendam sampai paras peha dah. Slow-slow dulu, Kalau hari pertama kau terus terjun dalam kolam tu, mahunya tak terperanjat segala organ dan sistem badan kau sebab kolam ni memang air panas original punya bukan yang macam dekat wet world ke hot spring ke. Memang pure punya. Best sangat pergi situ, badan rasa ringan je dan kaki mak aku pun dah kurang sakit but still kena urut lagi (mak nak manja-manja dengan anak la tu). Gambar aku tak snap pun sebab ramai orang. Nanti kalau ada peluang aku snap ok. 



Sebelum balik tadi, courier skynet hantar stok barang dari SOPHIE Paris. Ini je yang tinggal, yang lain dah pos pada tuan empunya.



Nak test barang ni dulu...nanti aku review ok



till the next entry 
assalamualaikum =)