Tag: 25 random facts about me

Assalamualaikum, semua

Tengok tajuk pun dah tahu aku nak tulis pasal apa kan? Fakta tentang diri aku, apa ya? Sebenarnya aku ditag oleh tuan blog Areleez ni untuk up entry 25 fakta diri aku. 25??? Banyak tu. 10 tak boleh ke? ahaha. So, sebelum mulakan baca dulu iklan penaja ni


"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Faham dah kan? Jom kita mula.

1. Aku seorang yang sukakan teknologi dan gadget. Nak tahu tak aku pernah repair laptop dan handphone daripada tak boleh on, dah boleh on dan berkhidmat untuk aku sampai sekarang. Haa...terer tak? terer tak?

2. Aku seorang yang sangat-sangat suka tengok movie dan drama. Tak kisah la genre apa pun semua aku layan tapi yang feveret genre horror, thriller and comedy. Kalau nak download, horror aku cari dulu.

3. Aku suka kucing...nope bukan suka tapi cinta dan amat sayangkan kucing. Kalau kowang follow blog aku kowang tahu la yang aku ada 20 ekor kucing buat masa sekarang mungkin akan bertambah sebab Acha pregnant..hahah.

4. Aku ada seorang adik lelaki je....nak adik perempuan. huhuhu =)

5. Aku suka beli benda-benda yang cute walaupun aku tak tahu apa guna dia. Bad habit (membazir) =(

6. Aku suka wangian...tak kisah la perfume ke, air freshner ke apa ke. Mana ada owang suka busuk kan? Yang feveret buat masa sekarang air freshner untuk bilik, aku guna Kogado sakura, perfume pula yang murah je 5 hengget dekat Hinode shop tu...hahah. Asalkan wangi aku suka, tak kisah la murah ke mahal ke kan. hahah

7. Aku hantu laksa. Sangat suka laksa ok. Yang penting kuah mesti kawwww punya. 

8. Aku tak suka owang merokok depan aku. LEMAS

9. Aku mengaku aku seorang yang garang dan panas baran kalau owang tu buat benda yang aku tak suka atau merimaskan aku.

10. Aku tak suka owang usik barang-barang aku tanpa izin. Macam buat harta sendiri.

11. Aku ada dua mak dan dua ayah. Dan sangat-sangat sayangkan diowang.

12. Aku GELI dengan amphibians. 

13. Aku tak pandai melukis, berenang dan menghias.

14. Aku belum daftar mengundi...hahah. Perlu ke aku bagi tahu?

15. Den owang nogoghi. Den banggo jadi owang nogonghi. Sapo2 kek sini budak nismilan moh kito poghie PD. Ado laghie ko pesta kek PD tu? haha

16. I'm a shopaholic. Seriusly, dulu masa poket kembung je pergi shopping but now kena berdikari. So, u ols support I ok. Doa-doakan la aku dapat kerja cepat dan bisnes kecik aku ni maju....aminn.

17. Ake suka benda FREE! gila la sape tak suka kan. Nak-nak lagi kalau benda-benda yang comel dan menarik.

18. Aku suka snap picture. Tapi bukan gambar aku. Maknanya aku lah yang jadi photographernya tapi sayangnya aku tak ada la DSLR tu semua.

19. Aku tak suka tempat crowded sebab tempat macam tu boleh naikkan darah aku. 

20. Sekarang aku dah suka minum air masak sejak ada botol NESTEA 1 liter tu. Sehari 3 botol. So, kepada kowang nak amalkan hidup sihat, banyakkan minum air masak ok.

21. Aku suka buat list sebelum keluar shopping. Nak-nak lagi kalau barang dapur.

22. Aku suka masak, suka cuba resepi baru, tapi tak pernah jadi kalau buat pastri. Yang ni kena pergi kelas. huhu

23. Aku pernah jatuh basikal dan tulang mandible (dagu) aku pecah. Tapi, physically tak nampak la. bila rasa dekat dagu ada lubang. hahah. legend tak?

24. Owang yang paling memahami aku ialah mak. Tak bagi tahu lagi, dia dah tahu dah. Bukan setakat masalah je, macam-macam dia boleh tahu.

25. Ok yang ni last kan? Aku sayang semua kawan-kawan aku dan sangat menghargai followers aku. 


Finally, mampu juga aku habiskan 25 fakta ni. Fakta ok bukan auta!! Dan ini la sebenarnya diri aku. 

Sekarang nak tag 25 owang untuk aku kenal diowang pula. Tapi kalau ada sesiapa yang tak ditag tapi berminat nak buat entry macam ni, silakan. Lagi ramai lagi baguskan. Kalau boleh, bagi la link untuk aku baca 25 fakta tentang kowang pula kan. 

 Areleez (ditag oleh Areleez)


13 comments:

  1. hihiik thanks awak..
    pening nak fikir ni

    ReplyDelete
  2. sme2..hehe
    pening kan? tak apa...dalam masa yang sama kita pun dapat kenal diri kita jugak =)

    ReplyDelete
  3. thankyouu tag.,
    wahh., banyak nk kena fikir nii., hehe

    ReplyDelete
  4. thanks tag.puas nak cukupkan 25 fakta!=p

    ReplyDelete
  5. tq sbb sudi luangkn mase setelkn tag nih. thumbs up! ;)

    ReplyDelete
  6. melissa: wlcme...teruskan berfikir =)

    wana: wlcme..heheh 25 bnyk jgk tu.

    areleez: hehe...dah x da keje. tu pun pening kple pikir =)

    ReplyDelete
  7. wahh 25???banyaknya..hihi..inshaallah ada masa ayu join k..tq taq ;)

    ReplyDelete
  8. done., ^^

    http://lissa-lissalalissa.blogspot.com/2012/12/25-random-facts-about-me.html

    ReplyDelete
  9. :) tag anda balik hee..hee..

    http://asmarpunyablog.blogspot.com/2012/12/tag-25-random-facts-about-me.html

    ReplyDelete
  10. wahh.. banyak nye nk kena fikir ..hehe.. insyaallah,kalau 'rajin' arrien join..hehe..

    apa2pun thankzz tag arrien :)

    ReplyDelete
  11. owh.. sy ditagged ye.. hihi...soalan ni rasanya penah sy jwb dulu.. byk betol soalannye kan.. hihi.. apapun tq sudi tagged sy.. :)

    ReplyDelete
  12. tudia sampai 25.. jenuh nak list nie. hehe.. btw thankz ya sudi tag aida.. yang retak tulang dagu tu buatkan aida tetiba rasa ngilu.. oh!

    ReplyDelete
  13. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete