Siap kau kontot!

Assalamualaikum...

Over tak tajuk entri ni? Macam aku tengah marah berapi-api (siap keluar api tu) kan? Tapi, siapakah kontot? Apakah yang kontot? Apa kontot ni dah buat? Mesti macam-macam kowang fikirkan? Hahah. Kontot ni kucing, tapi tak tahu siapa tuan dia. Aku panggil dia kontot sebab dia macam tak ada ekor dan kembang pulak tu. 


 Lebih kurang macam ni la ekor dia tapi lagi kembang macam kembang semangkuk. 

Kontot ni kucing jantan. Dia ni selalu datang rumah aku cari pasal dengan Cici dan Didi. Selalunya dia gaduh dengan Cici la sebab Cici ni panas baran. Didi ni lembut hati sikit walaupun badan besar. Hari jumaat lepas (baru sekarang aku nak cerita hahah) Didi gaduh dengan kontot. Masa tu aku nak leraikan pun susah sebab diowang dah bergumpal. Aku pukul la kontot tu dengan penyapu (terpaksa) tapi diowang still bergumpal lagi. Tiba-tiba je aku tengok Didi dah kaku dan mata terbuntang. Aku gegar-gegar badan dia tapi tak gerak jugak. Aku dah mula nangis dah takut Didi mati. Darah mula keluar dekat hidung Didi. Aku dukung dia, baju aku dah penuh dengan darah. Aku tak tahu nak buat apa masa tu. Nak bawa pergi klinik, dah petang. 

Aku masuk dia dalam sangkar dan alas dengan kain. Mata kiri dia dah mula bengkak sebab pendarahan dalaman..darah dah berhenti keluar dekat hidung tapi keluar dekat mata pulak. Aku nak lap dan letak minyak gamat (tu je yang mampu aku fikir masa tu) tapi dia tak bagi dan dia asyik meow-meow je (dia nangis la tu). Aku pun sama duk menangis dengan dia, masa tu dah tak peduli dah ada owang pandang ke apa ke. Aku sedih + takut kalau apa-apa jadi dekat dia. My babies yang lain semua duduk dekat depan sangkar Didi macam diowang pun faham yang Didi dalam kesakitan. Ayah bagi Didi antibiotik sebab nak elak jangkitan kuman dekat mata dia. Nasib baik stok ubat ada lagi..kalau dah habis tak tahu la aku nak buat apa. Biasanya Cici dan Didi tidur sama. Tapi disebabkan Didi sakit terpaksa la asingkan sebab takut kalau Cici "naik hantu" malam nanti, Didi jugak yang kena. Cici "naik hantu" pun sebab kontot tu datang kacau. Jahat kan?

Esoknya, Didi tidur je. Ayah bagi lagi antibiotik dan panadol sebab Didi demam. Petang tu aku bagi dia makan ikan rebus sebab aku tengok dia makan biskut whiskas tu macam seksa sangat (mungkin sakit bila dia kunyah kot). Aku nak lap mata dia sebab kesan darah meleleh dekat hidung pun dah kering. Tapi dia tak bagi jugak. Aku nangis lagi tengok keadaan dia macam tu. Aku tak bagi dia keluar main sebab nak dia rehat.

Pagi isnin tu aku ingat nak bersihkan kesan darah dekat mata dan badan dia. Sebelum tu dah fikir dah aku kena paksa Didi jugak sebab takut jangkitan kuman. Tapi, aku tengok masa tu badan dia bersih macam selalu dan keliling mata dia pun dah tak ada kesan darah. Aku tanya la mak, siapa yang lap mata Didi? Mak ke ayah? Mak cakap tak ada siapa pun yang lap kan. Aku duduk la dekat dia dan tengok betul-betul..memang bersih. Alhamdulillah..ALLAH swt bantu Didi dan kurangkan sakit Didi. Lepas tu, dia dah tak meow-meow dah macam semalam. Tapi mata dia je la warna merah. Apa-apa pun aku bersyukur sangat sakit yang dia tanggung dikurangkan. Makan pun laju je sekarang ni. Petang isnin tu aku bagi dia keluar berak sebab dah 2 hari dia tak berak. Didi tak suka kotorkan tempat tidur dia. Aku la kena jadi bodyguard dia...ikut je mana dia pergi sebab takut dia terjumpa kontot. Kalau Cici la yang kena macam Didi...Cici dah pergi cari kontot dah. Dia tu berdendam.



Mudah-mudahan mata Didi cepat sembuh. Sayang Didi. 


Aku nampak kontot lepas ni, siap dia. Aku kejar keliling kampung dengan penyapu....hahaha. Kalau kejar tuan dia sekali boleh tak?




till the next entry
assalamualaikum =)

7 comments:

  1. didi.. sama nama dgn arwah lembu kesayangan sy.. hihi..

    comel la kontot.. sy pnh bela sekor sejibik wrna mcm kontot dan ekornya pun kontot... tapi nama dia koreng.. hehe..

    ReplyDelete
  2. heheh...yeke. arwah? dia sakit ke?
    tu bukan pic kontot yg betul. dpt kt google. ekor je yg sama. heheh. koreng..jarang ada nama tu.heheh =)

    ReplyDelete
  3. Ingin mencuba nasib?

    http://diaryismah.blogspot.com/2013/02/segmen-yang-sangat-mudah.html

    ReplyDelete
  4. tuan kucing tu ada ke? ke kucing tu kucing jalanan?

    ReplyDelete
  5. ada...kucing jiran (selang 2 buah rumah).

    ReplyDelete
  6. SM MCM KUCING SY JGK...BADAN BESAR..DAH LA DAH TUA..SKE NAK CARI GADUH..PASTU MASUK UMAH KENCING SANA SINI..GERAM..SLALU TAKUTKAN DIA DGN PENYAPU...HEHE

    FOLLOW SINI

    ReplyDelete
  7. haaa kan..kucing jantan mmg mcm tu suka hati dia je nak kencing merata. takutkan dia dgn penyapu, dia lari tak? heheh

    ReplyDelete