New Job!

Assalamualaikum..semua.

Sebelum kita mulakan entry ni, nak buat iklan sikit. Sila la join segmen suka-suka Cik Nurul Atiqah kita ni. Join ramai-ramai ye. Ok iklan tamat...teeetttt

New job? Apakah? Adakah aku dah dapat kerja? Kerja apa? Hahaha...I wish for it. Aku belum dapat kerja lagi. Dapat offer tapi jauh. Aku tak nak pergi jauh sebab ada tanggungjawab paling besar dekat rumah ni. Anak-anak aku tu siapa nak jaga? Dah la sekarang berjumlah 27 ekor! Macam-macam ragam. Haish..kembali kepada topik asal ye. Aku dapat kerja baru tadi tapi tanpa bayaran la. Aku bagi reward dekat mak aku whole body massage for an hour since I ni tak mampu lagi nak bawa mak I pergi spa uolss. Ok la tu kan? Apa faedah aku belajar fisioterapi tapi tak manfaatkan ilmu yang ada kan?? So, tiba-tiba la terfikir....nak buka spa la hahahah. Siapa nak join adventure? InsyaALLAH kalau ada rezeki nanti, mana tau kannn? Hadoooiiii...berangan je lah! 



till the next entry
assalamualaikum =)

2 comments:

  1. dapat pahala tu...

    eh mana tau kalau jadi kenyataan... bukaklah spa...boleh saya datang... ^_^

    ReplyDelete
  2. heheh...insyaallah kalau ada rezeki. jadi first customer la..heheh

    ReplyDelete