Assalamualaikum...
Minggu ni memang memenatkan, menyakitkan dan menyedihkan tetapi menggembirakan. Haaa...nak tahu kenapa? Meh nak cerita satu-satu ni. Minggu ni memenatkan sebab jumaat malam sabtu tolong mak buat kuih untuk bawa ke rumah mak ngah aku dekat Sg.Besi esoknya. Macam-macam jenis kuih ada. Ahad tu pula, pergi Seremban sebab anak mak ngah bertunang (aku dari rombongan pihak lelaki). Sebenarnya, aku dah mula rasa tak berapa sihat sejak balik dari Sg.Besi petang sabtu tu. Pagi Ahad tu, bila bangun kepala rasa berat sangat dan telinga kanan aku dah sunyi (dah biasa kena sebelum ni). Tapi, kuatkan semangat sebab nak tengok cousin bertunang punya pasal kan. Lepas dah balik dari Seremban pun boleh tahan lagi.
Dah la esoknya (isnin) budak 3 owang tu balik. Aku tak tahu la macam mana aku nak layan diowang dengan keadaan aku yang tak berapa nak sihat ni. Aku mampu makan panadol je sebab farmasi tutup, klinik pun tutup sebab cuti kan. Nak pergi hospital? Rasa macam tak ada la teruk sangat keadaan aku ni kan. 3 hari aku tak boleh kunyah (hanya mampu telan je). Kalau nak kunyah pun, boleh guna gigi depan je. Ya ALLAH, seksanya masa tu hanya ALLAH swt je yang tahu. Perut lapar, tapi tak boleh makan. Nak-nak lagi, mak masak sedap-sedap hari tu. Yela, cucu dia balik mesti la masak special. Hari rabu pagi diowang pergi PD lepas tu balik Rawang. Kalau aku sihat, dah lama aku ikut dah. Lepas diowang balik baru la pergi klinik, doktor check semua dan dapat ubat.
Sekarang, alhamdulillah rasa ringan sikit kepala, demam pun dah kurang, telinga pun kurang sakit, bengkak kurang sikit nampaknya, tapi kalau owang duk berbisik dekat sebelah aku tak dengar dan kalau bunyi bising walaupun tak kuat (tapi ada macam2 bunyi) kepala aku jadi sakit yang amat. Penyakit ni dah banyak kali aku kena sejak zaman sekolah lagi. Dan baru la sekarang, terdetik nak mencari jenis apakah penyakit aku ni. Ini namanya Parotitis. Lepas ni, aku kena la study penyakit ni untuk prevention. Dalam sakit-sakit pun dapat la berita gembira..................jeng3
Hahah...dapat BR1M. Alhamdulillah.
till the next entry
assalamualaikum =)
nad pun dpt..hehe relaks cool ok..=)
ReplyDeletehehehe..dugaan =)
ReplyDeleteKenapa tak pegi check kat hospital? Minta doktor check betul2 supaya jelas apa masalah telinga tu
ReplyDeletedoktor dh check dh...tapi pergi jumpa specialist ENT belum lagi la. Doktor cakap parotitis disebabkan viral infection atau kurang air. Sekarang alhamdulillah dah beransur pulih dan dah boleh dengar dah owang bisik sebelah...hehehe =)
ReplyDeletesemoga cepat sembuh n tahniah sbb dpt BR1M.. jom singgah sini http://anakincikmokthar.blogspot.com/2013/02/shawl-halfmoon-sakura-long-dress-tribal.html
ReplyDeleteterima kasih farhanah =)
ReplyDelete