Entry macam-macam

Assalamualaikum..

Nampak tak tajuk atas tu? Haaa...sebab tak tahu nak letak tajuk apa dan ada macam-macam benda nak cerita, jadi la tajuk entry macam-macam (malas nak peningkan kepala ahahha). Hari tu (tak ingat hari apa) menang New Year Giveaway by Anis Amila dan dapat hadiah tudung dari Mulawa Fashion. Terima kasih banyak-banyak. 



Love it..Thanks Mulawa Fashion =)


Petang tadi pula, dapat parcel dari Doubleyousmile Store (yang ni aku order heheh). DIY box in box dan foundation sponge magic. Hati ni dah meronta-ronta dah nak box in box tu cepat tapi posmen lambat pula hantarnya. Eksaited tau nak box ni sebab dah terbayang-bayang dah nak organise barang aku macam mana. hahah over aku ni kan?


Ini la barangnya. Kotak tu bukan dah siap macam tu bila dapat tau. Kena gam sendiri, dah nama pun DIY. Do it yourself la kan. Reason aku beli kotak tu pun sebab aku tengok meja solek (solek la sangat) aku tu dah sarat sangat. Hajat hati nak yang macam gambar bawah ni.....



Cantikkan? Harga pun cantik beb! Tak apa, dah kerja nanti boleh la. hahah. Nak yang macam ni? Kowang boleh beli dekat Retail Paradise


Sebelum


Malu aku nak tunjuk. Nampak bersepah kan. Dalam beg leopard tu macam-macam khazanah aku sumbat dalam tu sebab tak muat nak susun atas meja. Fyi, meja tu tak besar. Maklumla, turun temurun punya (mak punya) hahah. 


Selepas




Nampak tersusun sikit la kan. Tak la serabut macam tadi hahah.
Jangan tanya kenapa aku tonggengkan terbalikkan losyen vaseline tu. Tu sebab losyen dah nak habis..dan aku ni kan kedekut jimat, akan ku guna hingga titisan terakhir tau. Cehhh. Nampak tak peti rahsia tu? tu pun harta turun temurun (kak lang punya).


Last touch up




Aku tukarkan peti rahsia tadi dengan kotak plastik je (untuk aksesori dan jam) sebab peti rahsia tu beso naaa. Happynya...dapat box in box ni. Comel je. Yang foundation sponge magic tu aku belum guna lagi, nanti kalau aku rajin aku buat review yang tu ok. Oh ya..ada sesiapa peminat Mary Kay? Kowang pergi la Doubleyousmile Store sebab dekat situ pun ada jual macam-macam produk dari Mary Kay. 




till the next entry
assalamualaikum =)


5 comments:

  1. http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/sky-skype-skyping-by-selalulalu.html

    Mari join sini. ^^

    ReplyDelete
  2. Mari support all this contest dear! ^^ Thanks a lot, harap kamu dapat joined.

    http://meyrajohn.blogspot.com/p/jointhiscontest.html

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/sky-skype-skyping-by-selalulalu.html

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/tumblring-time-by-selalulalu.html

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/mencari-blogger-and-instagrammer-yang.html

    ReplyDelete
  3. terharu tauke tengok barang DYS Store ada kat dalam blog ni. ehehehhe, nampak kemas dan well organized.

    tahniah!! :)

    ReplyDelete
  4. heheh...tak tido malam tau eksaited nk box tu. =)

    ReplyDelete