Entry hujung minggu

Assalamualaikum..

Hari ni penat sangat melayan karenah my babies yg 27 ekor ni. Dari hari isnin sampai semalam, diowang aku tak lepaskan sebab abah aku sedang mengecat rumah. So, terpaksa la diowang makan dalam sangkar. Kesian baby aku. Hari ni baru la dapat keluar main, ada yang bergolek la, ada yang berlari la, melompat pun  ada, macam-macam ragam. Happy giler masing-masing dapat keluar main. Lama juga diowang main tadi, aku la sowang-sowang yang melayan diowang semua sebab mak buat kuih. Dah puas main, datang dekat aku minta whiskas, lepas tu sambung main, datang balik minum air, main lagi. Diowang semua ni la intan payung, pengarang jantung, buah hati dan sewaktu dengannya. Kadang-kadang buat aku gelak, marah, senyum sowang-sowang, membebel dan macam-macam la. Aishhh....macam-macam. 

Semalam pula aku pergi ambil BR1M dekat balai raya kampung sebelah. Dah la tak pernah pergi majlis macam tu sowang-sowang, main redah je la. Mula-mula tu rasa nebes juga la sebab tak ada kawan kan tapi *dalam hati (pedulikan je la echa, redah je. tak tau, tanya owang). Aku pergi daftar lepas tu terus duduk dekat bawah khemah. Dapat la sowang kawan yang tua setahun dari aku dan dia pun sama macam aku (datang sowang-sowang hahahah). Tak rugi pun kalau kita ramah dengan owang, kalau sombong owang tak nak kawan kan. Dah dapat baucer dari YB, baru la tunaikan duit. Akhirnya, selesai juga. Siapa nak bagi kan duit banyak tu..Alhamdulillah rezeki.

 Bila dah habis belajar ni, mula la rasa susahnya mencari duit dan mula menghargai duit. Kalau tak, dulu asalkan dapat ptptn, nak shopping ni, shopping tu. Sekarang, nak guna sepoloh hengget pun pikir berpuluh kali (perlu ke beli?). Nak keluar rumah pergi tengok wayang pun, beratus kali aku kena fikir, sebab kalau keluar dah tentu la makan dekat luar juga, nak beli tu, beli ni, tengok wayang, tambang lagi. Paling miskin pun rm50 mesti ada dalam poket. ye tak? Bukan nak jadi kedekut, tapi entah la, mungkin sebab aku pernah rasa macam mana bila aku tak ada duit. Tapi, rezeki itu dari ALLAH swt, jadi jangan pernah berputus asa untuk sentiasa berdoa dimurahkan rezeki. Amin.

till the next entry
assalamualaikum =)

2 comments:

  1. betol betol. nak guna sepuluh ringgit pun rasa macam perlu ke tak ni? hahahaa

    ReplyDelete
  2. kannn...tu la, dah dewasa la katakan. hahahah

    ReplyDelete