Contest: Kenangan Paling Lucu


p/s: ini sticky entry sehingga 31 Disember 2012, sila scroll ke bawah untuk entry terbaru. TQ =)

Assalamualaikum...semua 


Fuhh...nebes pulak nak taip entry ni huhuhu, tak tahu kenapa. First timer, biasa la tu kan? Ini contest pertama echa, harap-harap dapat la sokongan dari anda semua. Contest ni terbuka untuk semua ok, Jom kita mulakan!




Nak join contest ni mestilah kena ada syarat kan?

Syarat-syaratnya ialah:

1. Tulis entry bertajuk "Contest: Kenangan paling lucudan letakkan banner (with link) di dalam entry. Ceritakan kisah lucu yang pernah anda alami dan kalau ada gambar boleh letak, kalau tak ada pun tak apa (no limit for picture). Ikut kreativiti masing-masing.


 2. Follow blog ni dan Like page echa De Lavenda Shop untuk mengikuti perkembangan contest.

Jangan lupa submit link entry penyertaan anda di dalam kotak komen ok =)

Anda digalakkan untuk follow peserta lain juga.


Hadiah-hadiahnya (setiap tempat seorang aje pemenang):


 Tarikh tutup penyertaan
31 Disember 2012
Jam 8.00 malam

Pemenang akan diumumkan pada 3 Januari 2013


p/s: kalau penyertaan lebih daripada yang echa harap, pemenang mungkin bertambah =)
SEMOGA BERJAYA!



Senarai Peserta (update)

SALE! Jom Tengok.

Assalamualaikum semua,

Tujuan entry ni nak bagi tahu yang De Lavenda Shop ada buat promosi. Diskaun 10% untuk setiap barangan SOPHIE PARIS dan PERCUMA penghantaran untuk belian RM90 ke atas. Jadi, apa tunggu lagi? Jom Shopping barangan SOPHIE dekat De Lavenda Shop.







Give Away Dot My


Assalamualaikum...jom join give away ni. Kowang hanya perlu klik banner untuk syarat-syarat penyertaan. 

Hadiah -hadiahnya ialah:


5 Blog Bertuah akan di review dan diletakkan dalam senarai bloglist Aida Omar.
5 Blog Terpilih akan di review dan diletakkan dalam senarai bloglist Shida.

5 Blog Terbaik akan di review dan diletakkan dalam senarai bloglist Emas Putih.



Tarikh tutup penyertaan giveaway ini: 

Tepat jam 11.15 malam, Selasa 27 Nov 2012



Pengumuman Pemenang: 

Rabu, 28 Nov 2012



Hello Kitty Gila Sales Coming Soon!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty items in Malaysia for a really
long time…

And today…
Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!

They are having pre-launch right now and as a special
pre-launch offer, you can have free Cute 3D Hello Kitty
Model at zero cost. If you don’t believe me check it out
for yourself here, while it’s still available:


This special pre-launch offer is valid only till the launch day,
after which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and claim all the
bonuses now:


If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)


Claim This Bonus

Jom jadi ahli SOPHIE PARIS!

Assalamualaikum,

Seperti yang semua tahu Sophie Paris bukan sahaja menawarkan diskaun sebanyak 20% kepada ahli tetapi ahli-ahli juga dapat bonus setiap bulan berdasarkan jualan pada setiap bulan. So, kepada yang rajin dan senang mencari pelanggan jangan lepaskan peluang ini. Sambil bergaya, sambil berbisnes...kan best tu. 



Ini bonus statement salah seorang ahli



Bonus berdasarkan tahap jualan kowang..lagi banyak kowang jual lagi banyak dapat bonus tau



Lagi rajin lagi banyak =)





Ini pula keratan akhbar mengenai Sophie Paris.


Jadi kepada sesiapa yang nak jadi ahli, boleh terus daftar DISINI dan sebarang pertanyaan boleh terus emailkan ke aishah91_7@yahoo.com



till the next entry
assalamualaikum =)


TonyMoly Tomatox Magic White Massage & Appletox smooth massage peeling cream

Assalamualaikum...tak sangka boleh dapat semua barang yang diorder minggu lepas serentak semalam. Pagi tu dapat barang dari SOPHIE petang pulak dapat tomatox & appletox dan dress. Dan malam tadi juga la aku dah cuba try test (wahahah ayat apa ni?) tomatox dan appletox tu. Bukan aku sowg je cuba try test benda tu tapi mak aku pun cuba juga. Yang bestnye mak aku la..dia boleh lelap aku massage muka dia. Aku pula kena massage sendiri la, sampai lenguh tangan ni. Aku cerita appletox dulu ok.

Appletox ni best sebab boleh tolong buangkan sel kulit mati dekat muka malah boleh buangkan daki-daki dekat badan tu. Pendek kata satu badan boleh guna bukan muka je. Lepas pakai appletox kulit akan jadi lembut dan nampak cerah sikit. Tapi jangan la lexpect selepas sekali pakai kulit kowang akan jadi lembut, putih dan gebu macam artis Korea tu. Memang tak lah kan. 



How to use  : Used a plenty amount of cream and spread it on face with circular motion. Massage for 1 minute. After that, let the cream rest on ur face for 30second-1minute. Then massage ur skin again until the white particles appears. Yang sisa tu sebenarnya kotoran dari muka. Bila warna sisa tu hitam kulit memang dalam kondisi yang sangat kotor dan tidak sihat. Then wash ur face and no dry skin effect.




Wangi sangat bau tomatox ni, macam perfume. Berbaloi sangat beli dua benda ni. Kalau market price RM70 kot tapi aku dapat dengan harga RM39 dekat online shop. Kowang boleh beli dekat MIMO MOMI. Banyak lagi barang TonyMoly jual dekat situ.



Ni la tomatox & appletox aku dan 2 helai baju yang aku beli dekat Jessabella. Dekat situ semua baju plus size yang cantik-cantik dan harga pun murah. 



till the next entry
assalamualaikum =)




Yeay! Barang SOPHIE dah sampai

Assalamualaikum..hye semua. Sukanya....sebab barang yang diorder dari SOPHIE dah sampai. Yang ni barang untuk diri sendiri sebab tak dapat menahan diri melihat beg-beg yang cantik tu. Aku pun order strawberry milk body butter dan mosturizing mask. Bau body butter tu best sangat....macam chewing gum, wangi (rasa macam nak telan je huhuhu). Yang mask tu pula sebenarnya peel off mask tau. Mask tu malam ni aku cuba ok. Nak tau apa kegunaan dua benda ni?? Baca bawah ni

Strawberry Milk body butter
* menjaga kelembapan kulit
* dilengkapi dengan antioksidan dan vitamin untuk menjaga kelembutan kulit
* kulit tampak lebih halus dan lembap.

Strawberry Milk moisturizing mask (for normal to dry skin)
* membantu membuangkan kotoran dan sel kulit mati
* menjaga kelembapan kulit
* membantu meningkatkan tekstur kulit (kulit tampak lembut)



Cantikkan beg tu?? Suka sangat with the colours, pattern and style. Ada yang minat dengan beg ni?nKowang boleh dapat dengan harga RM65. Body butter RM12. Mask pun RM12.


Sebenarnya ada banyak jenis lagi peel off mask ni selain strawberry milk, macam dekat gambar bawah ni


1. Strawberry Milk moisturizing mask.
2. Honey & Yoghurt Nourishing mask (for normal to dry skin)
3. Cherry & Orange exfoliating mask (for normal to oily skin)
4. Green Tea & Apple refreshing mask (for all skin type)


6. Mulberry + Avocado lightening mask (for all skin type)


Kalau ada yang berminat nak beli produk-produk ni boleh order dekat SINI dan kalau nak tengok katalog leh klik dekat sidebar belah kanan tu ok? Sekarang tengah tunggu TonyMoly tomatox dan appletox pula. Nanti dah dapat aku review ok.




Till the next entry
assalamualaikum =)

1st Giveaway by Shakira Pathi

Assalamualaikum,

Jom join 1st GA dari Shakira Pathi. Klik banner untuk syarat-syarat penyertaan. Ok.


Sophie Paris

Assalamualaikum,

Mesti ramai yang dah pernah dengar pasal SOPHIE PARIS ni kan? Semua produk SOPHIE ni memang cantik-cantik dan mampu untuk dimiliki. Kalau jadi ahli pula kowang akan dapat beli barang dengan diskaun 20% dan kowang juga akan dapat stater kit yang mengandungi Bag Mangenta, katalog yang terbaru, sticker kereta, manual guide, order form dan member card macam gambar dekat bawah ni. 



Comel kan beg tu??



Ini la starter kit yang dimaksudkan.


Katalog

Antara produk jualan SOPHIE ialah beg, jam, kasut, baju, aksesori, kosmetik dan macam-macam lagi yang ada dekat SOPHIE.













   
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal SOPHIE kowang boleh klik SINI, SINI, dan SINI.
Kowang boleh tahu plan pemasaran, produk terbaru dan macam-macam lagi.

DAN kalau berminat nak jadi ahli SOPHIE PARIS kowang boleh daftar dekat SINI. Hanya perlu membayar yuran seumur hidup ye kawan-kawan sebanyak RM15. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepat lah jadi ahli...heheh.


Finally! Alhamdulillah..

Assalamualaikum,

Pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari kawan dan bertanya "dah tengok result belum?". Dengan muka tak cuci lagi dah pergi on lappie...berdebar-debar jantung macam nak terkeluar sebab takut, apa la rupa result aku ni. Oleh kerana UiTM terus hantar result dekat email, so tak ada la masalah macam semester 1 dulu. Dengan bacaan Bismillah aku klik email tu....dan ALHAMDULILLAH aku lulus. Berkat doa mak dan ayah, dan usaha, akhirnya I'm officially GRADUATED. Konvo belum lagi...tahun depan. Sepanjang perjalanan hidup aku sebagai pelajar Fisioterapi ni banyak pengalaman mengajar aku, selama tu juga la aku pernah jatuh teruk dan semangat dari mak yang buat aku kuat dan tabah untuk mengharungi apa jua dugaan aku selepas ni. Terima kasih Ya ALLAH. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang banyak memberi ilmu dan juga kepada kawan-kawan HS114 yang sanggup dan sudi berkongsi ilmu dan harap kita semua dapat meneruskan kejayaan kita sampai bila-bila. Jangan putus asa walaupun banyak halangan yang menduga kita. Tahniah kawan! Tahniah juga kepada semua pelajar UiTM yang dapat result pagi tadi. UiTM dihatiku. hehehe...




Malunya...nak sorok mana muka ni?? ishhhh

Ish3...panjangnya tajuk. Ha...ni la nak cerita ni. Selasa lepas, dipagi yang indah aku lambat bangun sebab penat kenduri sabtu tu tak hilang lagi (fuhh dahsyat giler, sampai hari selasa pun tak hilang lagi ye echa??) heheh. Masa aku tengah syok mimpi ada owang rompak rumah aku tiba-tiba mak aku datang sambil jerit "kak bangun! ayah kena parang!" aku punya terkejut terus melompat dari katil sebab ingatkan betul-betul ada owang merompak tapi rupa-rupanya tangan ayah kena parang masa nak tebang pokok pisang. 

Aku ingat besar la kan luka dia sebab aku tengok mak panic giler tapi ayah rileks je sambil pegang ibu jari. Aku dalam keadaan mamai lagi pergi ambil tisu tekap dekat luka tu. Aku tengok kejap je tisu tu dah penuh dengan darah. sekali aku buka tisu tengok luka banyaknya darah keluar, patut la mak aku panic sampai tak boleh duduk diam. Kalau dah macam tu kena jahit la nampaknya. Mula-mula ayah kata ayah nak pergi klinik sendiri naik motor je, tapi macam mana pulak nak bawa motor dengan keadaan tangan macam tu. 

So, aku menawarkan diri aku hantar ayah ke klinik. Dah la tak mandi lagi, pergi toilet pun basuh muka dan salin seluar je lepas tu capai je mana-mana tudung yang ada. Punya la laju aku bawa kereta tu sebab tengok darah menitik-nitik dah, terus je aku masuk dekat emergency. Dah la dekat area tu muat-muat dan berbukit..bila motor parking pula dekat situ sempit la jadinya. Aku nak reverse pun takut sebab takut langgar motor owang, last-last sampai kereta ternaik tembok..habis bunga owang tu aku langgar. Dah la masa tu ramai pulak owang dekat klinik tu...malunya aku sampai tak tahu nak letak muka dekat mana. 

Pada mulanya aku berhasrat nak turun pergi tengok ayah macam mana, akhirnya aku ambil keputusan duduk dalam kereta je. Dekat 3 jam jugak la aku tunggu dalam kereta. Aku malu dah nak pergi klinik tu...aku sanggup pergi klinik jauh. Kesian makcik tukang kebun tu kena tanam balik bunga tu. Minta maaf banyak-banyak la makcik, saya tak sengaja. Harap-harap tak akan terjadi lagi perkara macam ni.




till the next entry
assalamualaikum =)