Pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari kawan dan bertanya "dah tengok result belum?". Dengan muka tak cuci lagi dah pergi on lappie...berdebar-debar jantung macam nak terkeluar sebab takut, apa la rupa result aku ni. Oleh kerana UiTM terus hantar result dekat email, so tak ada la masalah macam semester 1 dulu. Dengan bacaan Bismillah aku klik email tu....dan ALHAMDULILLAH aku lulus. Berkat doa mak dan ayah, dan usaha, akhirnya I'm officially GRADUATED. Konvo belum lagi...tahun depan. Sepanjang perjalanan hidup aku sebagai pelajar Fisioterapi ni banyak pengalaman mengajar aku, selama tu juga la aku pernah jatuh teruk dan semangat dari mak yang buat aku kuat dan tabah untuk mengharungi apa jua dugaan aku selepas ni. Terima kasih Ya ALLAH. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang banyak memberi ilmu dan juga kepada kawan-kawan HS114 yang sanggup dan sudi berkongsi ilmu dan harap kita semua dapat meneruskan kejayaan kita sampai bila-bila. Jangan putus asa walaupun banyak halangan yang menduga kita. Tahniah kawan! Tahniah juga kepada semua pelajar UiTM yang dapat result pagi tadi. UiTM dihatiku. hehehe...
No comments:
Post a Comment