Dirimu Amat Bermakna


Assalamualaikum..ok semua orang tahu 16 Mei hari guru. So, aku pun nak jugak la post entry ni khas untuk guru yang telah mengajar aku sampai aku jadi MANUSIA sekarang. Hik3...gedik. Selamat Hari Guru buat semua guru-guru dan bakal-bakal guru. Nak cerita sikit pengalaman aku dengan guru boleh tak?? Kalau kowang tak nak baca pun tak apa..huhu. 

Sebelum aku masuk tadika, aku ada cikgu tak rasmi iaitu kak lang aku (ibu kepada 3 stooges) yang berumur 17 tahun masa tu. Beza aku dengan dia 13 tahun. Dia la cikgu pertama aku dan subjek pertama dia ajar english sebab dia ni memang minat english. So, ayah aku la yang bagi sokongan dengan melanggan buku-buku dari Reader's Digest untuk kak lang ajar aku. Lepas aku dah masuk tadika pun dia still mengajar aku sampai la dia dapat tawaran masuk poli. 

Disini juga aku nak mengambil kesempatan ingin memohon maaf kepada cikgu tadika aku iaitu Cikgu Fatimah walaupun dia tak baca blog aku. Saya mohon maaf banyak-banyak cikgu sebab saya dan beberapa kawan yang lain pernah ambil vitamin appeton secara senyap-senyap walaupun dah dapat satu biji cikgu bagi. Ini kerana vitamin tu sedap sangat cikgu...maaf ye cikgu.

Masa darjah tiga Cikgu Faridah iaitu cikgu subjek pendidikan seni aku suruh lukis corak batik. Maknanya bunga-bunga la kan. So, malam tu aku pun lukis la tapi disebabkan aku ni bukannya orang yang pandai melukis, lukisan jadi buruk giler bunga pun tak ada rupa bunga. Mak aku pun tegur la kan, kakak tahu tak nak lukis bunga tu? Kalau tak tahu meh sini mak lukiskan kakak warna. Aku pun takut jugak mula-mula tu sebab takut kantoi dengan cikgu tapi dah lama pulak aku mengadap benda tu x siap-siap aku pun serahkan la pada mak. Esok tu cikgu nak tengok, bangga jugak la aku keluarkan lukisan tu tapi takut jugak kot kantoi. Last2 cikgu jadikan lukisan aku paling cantik dalam kelas dan tampalkan dekat papan kenyataan belakang kelas. Tapi dari pandangan dan sindiran cikgu memang jelas aku dah kantoi. Hahaha....senyap sudaaa. 

Banyak sebenarnya pengalaman dengan cikgu ni, ada yang manis dan ada jugak yang pahit. Bila teringat balik, rindu pulak zaman sekolah. Hehehe. Oh ye, nak tau cikgu tak rasmi aku tu pun dah jadi cikgu yang rasmi sekarang dan mengajar subjek english, matematik dan sains. Sebenarnya, guru yang paling bermakna adalah ibu bapa kita. So, Selamat Hari Guru buat cikgu Fatimah guru Tabika Kemas Astana Raja, guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Astana Raja, guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah dan pensyarah-pensyarah program fisioterapi UiTM Puncak Alam. 


Hari ni 16 Mei jugak merupakan genap 7 tahun pemergian Allahyarham Haji Zainal bin Taih iaitu atuk aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah


No comments:

Post a Comment