Hahah...apa la tajuk aku ni. Aku tak ada kit kat pun. Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa melalui penulisan aku dekat blog ni. So, kalau kowang nak baca, teruskan la tapi kalau tak nak tekan je butang pangkah tu confirm blog aku ni hilang daripada pandangan mata kowang. Sebenarnya aku memang memendam hasrat untuk menulis tentang isu-isu yang hangat sekarang sebab aku sendiri pun ada pendapat berdasarkan pemerhatian aku. Bukan aku sahaja kan, kowang pun ada jugak pendapat sendiri. Tapi, lepas aku fikir masak-masak aku batalkan niat tu sebab nanti owang kata aku show off or aku je la yang tahu semuanya.
Disebabkan bapak aku owang kuat politik, aku dah biasa dengar cerita-cerita yang tak pernah keluar dekat tv atau mana-mana akhbar dan aku dah banyak baca buku pasal politik sejak sekolah menengah lagi. Lagi pun ayah memang suka cerita pasal politik, dan pendengar setianya adalah aku dan mak. hahah. Tapi aku tak pernah pun bercita-cita nak jadi ahli politik sebab aku lagi suka perniagaan, by the way macam mana pulak aku boleh terlibat dengan sains kesihatan pula ni???? kah3.
Lupakan hal tu, tak penting pun. Panjangnya mukadimah aku, perkara yang aku nak luahkan ni pun bukan besar sangat. Aku nak remove ataupun buang dalam bahasa Malaysia sowang kawan facebook aku ni TAPI dia ni bukan je kawan facebook malah kawan sekelas aku, itu yang membuat aku runsing lagi pening ni. Rasa serba salah pun ada jugak. Dia tak salah apa-apa pun tapi status update dan post2 dia membuatkan aku rimas dan membuat aku terfikir dia ni menyebelah pemb^&%#@*& ke????? Dan setiap post dia berjaya membuat darah aku mendidih..tahniah kawan! So, anyone can help me??
No comments:
Post a Comment