Comel sangat

Kan best kalau aku ada rumah kucing macam ni

*
*
*



Bestnye kalau ada rumah kucing macam ni dekat dalam rumah. Nampak kemas dan tersusun je. Aku nak sangat ada rumah kucing macam ni tapi tunggu aku dah kerja la...sekarang aku tak mampu lagi. Heheh.



Comelnya....tapi yang ni sesuai letak dekat luar rumah. Tapi kucing aku tak pernah aku letak dekat luar..semuanya dari lahir tidur dekat dalam rumah. Kesian la nak biarkan dia dekat luar tu.


Bestnye kalau ada 1 benda ni dekat rumah...mesti my babies suka giler...huhuh.










Yang ni simple je...tak payah pintu-pintu. 




Alaaa...cutenya. Nak jugak macam ni. Sekarang ni pun aku cuma ada 2 sangkar empat segi besar, 1 untuk mimi, kiki, bubu, dan tamtam dan 1 lagi untuk darling, didi dan cici. 1 sangkar kecil lagi untuk adel dan 3 ekor baby dia yang baru je umur 2 minggu. Acha pula macam biasa la...dia tidur bawah ketiak mak aku je. Hahaha. Ok la, dah pukul 5 ni nak bagi my baby main dan makan.


till the next entry,
assalamualaikum =)

Sekadar pendapat

Assalamualaikum, banyak dah aku baca post2 dekat facebook pasal Hari Belia Negara dekat Putrajaya dan kebanyakannya post2 yang negatif la, yang menghina, mencaci pun ada dan banyak lagi la. Bagi pendapat aku, program tu ada baiknya dan ada buruknya. Walaupun aku tak pergi tapi cuma dapat tahu dari kawan-kawan facebook yang dah pergi, agak seronok jugak la dan banyak aktivi yang berfaedah. Aku juga dapat tahu ada sesi interbiu kerja dekat sana, dan kalau aku dah habis belajar confirm2 aku pun pergi interbiu sekali kah3. Sekarang bukan senang nak cari kerja wei nak-nak lagi kalau pointer tu cukup-cukup makan je, silap-silap aku ni kalau lepas grad tak jadi physiotherapist kot..hahah. Tapi memang aku dah ada perancangan dah lepas habis diploma ni...tunggu masa je la. 

Berbalik pada cerita tadi, silapnya program ni ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang owang-owang dok heboh bukan muhrim semua bagai TAPI bagi aku tak salah kalau kita nak bergaul tapi biarlah berbatas dan lagi satu yang pergi program tu semua bukan budak kecik, dah nama pun belia mestilah dah ada akal untuk berfikir mana baik dan mana buruk. So, ianya bergantung pada niat jugak, kalau niat kau nak enjoy, nak usha awek atau balak, atau memang nak menggatal memang wajib la kena lempang free dengan aku (tak pasal-pasal aku yang nak lempang pahal). Tak dinafikan memang kebanyakan ini la tujuan diowang pergi sana. Secara tak langsung dah mencemarkan nama baik program. 

Lagi satu pasal K-POP tu. Aku pun minat k-pop juga tapi tak la obses macam sesetengah owang yang dok terpekik terlolong bila nampak artis korea dan sanggup pergi tunggu dekat KLIA tu. Fuhhh dasyat gilerrr...besar komitmen diowang. Tapi rasanya diowang salah jemput artis korea tu, kalau diowang jemput SNSD ke Suju ke B2ST ke 2NE1 ke kannnnn???? Mesti la owang tak hentam macam laaa ni....hahah. Giler demand aku, artis yang gempak-gempak je nak kan. Hahaa...aku rasa diowang jemput dal shabet, u-kiss dan teen top mesti sebab kurang sikit bajet keluar kan, kah3. Dal shabet tak pernah datang Malaysia eh?? They should know about our country before come here. Hey, 4minute datang Malaysia pun pakai sopan kot sebab diowang prepare and learn about our country before datang la. Adoiiii...dal shabet2, lepas ni kalau nak datang Malaysia pakai yang sopan-sopan ok. 

Bila artis korea datang pakai seksi bising tapi bila ramai owang MELAYU telanjang depan webcam, tak ramai yang tegur pun (owang-owang yang dok chat dengan dia). Nak tau sebab apa?? Sebab dia pun sekali dok layan dan tak ada owang nampak pun. Tak tahu malu betul. Kalau aku dekat dengan owang-owang macam tu, memang aku potong bagi anjing makan. Hambek kau, padan muka kau! hua3. Yelah, menyampah giler kot aku dengan manusia-manusia macam ni. Kalau kowang yang kaki chatting je paham perasaan aku ni. 

Macam-macam pendapat aku bagi dah..disebabkan aku belum cukup umur untuk mengundi jadi aku memerhati saja la tapi tak bermakna aku takut nak bersuara. Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang dengan rezeki yang ALLAH swt bagi. One more thing, wish me luck for my last journey Insya ALLAH, in this diploma in physiotherapy..and my friends too ok. 

thank you for reading my blog and please support english, Oh My English! It doesn't mean I'm not proud to speak bahasa Malaysia ok. 

till the next entry 
assalamualaikum =)

Angan-angan...

Alangkah indahnya kalau aku ada adik perempuan atau kakak. Dapat lepak sama-sama, keluar jalan sama-sama, bergosip, kongsi cerita itu ini dan macam-macam lagi la. Tapi......itu semua angan-angan dan tak mungkin  jadi kenyataan sebab tak kan la mak aku nak beranak lagi huhuhu. Adik atau kakak angkat ni tak best sebab owang lain punya, yelah dia pun ada adik beradik lain jugak kan. Haishhh ni yang buat aku nak anak ramai-ramai ni, nanti tak la anak-anak aku rasa macam apa yang aku rasa sekarang..kah3. Bakal suami pun aku tak tau ada kat cerok mana sekarang...hahah. Buduh la hang echa. 

Serius aku rasa macam keseorangan walaupun aku ada 12 ekor kucing sekarang tapi diowang bukan boleh cakap dan ajak bergosip. Diowang cuma paham bila aku panggil, bila aku suruh main kat luar, bila aku suruh pi membuang dekat toilet, tu je la yang diowang tau. Kalau borak dengan mak pulak, tengah syok2 bercakap ni, aku pusing tengok dah berdengkur. Yelah, mak penat. So, aku la yang duduk sowang-sowang sambil tengok kucing aku main. Kadang-kadang tu terhibur jugak la hati ni dengan telatah kucing-kucing aku yang nakal dan kuat makan. Heheheh. Eh melalut la pulak aku ni, daripada angan-angan ke kucing pulak da. Ok la, nak pi tengok masterchef....daaaa. 

Assalamualaikum.

Stop it

Berhenti menyebar fitnah, sebaik-baiknya selidik dahulu sebelum berkata apa-apa.  

Berehat sebentar bersama kit kat

Hahah...apa la tajuk aku ni. Aku tak ada kit kat pun. Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa melalui penulisan aku dekat blog ni. So, kalau kowang nak baca, teruskan la tapi kalau tak nak tekan je butang pangkah tu confirm blog aku ni hilang daripada pandangan mata kowang. Sebenarnya aku memang memendam hasrat untuk menulis tentang isu-isu yang hangat sekarang sebab aku sendiri pun ada pendapat berdasarkan pemerhatian aku. Bukan aku sahaja kan, kowang pun ada jugak pendapat sendiri. Tapi, lepas aku fikir masak-masak aku batalkan niat tu sebab nanti owang kata aku show off or aku je la yang tahu semuanya. 

Disebabkan bapak aku owang kuat politik, aku dah biasa dengar cerita-cerita yang tak pernah keluar dekat tv atau mana-mana akhbar dan aku dah banyak baca buku pasal politik sejak sekolah menengah lagi. Lagi pun ayah memang suka cerita pasal politik, dan pendengar setianya adalah aku dan mak. hahah. Tapi aku tak pernah pun bercita-cita nak jadi ahli politik sebab aku lagi suka perniagaan, by the way macam mana pulak aku boleh terlibat dengan sains kesihatan pula ni???? kah3. 

Lupakan hal tu, tak penting pun. Panjangnya mukadimah aku, perkara yang aku nak luahkan ni pun bukan besar sangat. Aku nak remove ataupun buang dalam bahasa Malaysia sowang kawan facebook aku ni TAPI dia ni bukan je kawan facebook malah kawan sekelas aku, itu yang membuat aku runsing lagi pening ni. Rasa serba salah pun ada jugak. Dia tak salah apa-apa pun tapi status update dan post2 dia membuatkan aku rimas dan membuat aku terfikir dia ni menyebelah pemb^&%#@*& ke????? Dan setiap post dia berjaya membuat darah aku mendidih..tahniah kawan! So, anyone can help me??

Dirimu Amat Bermakna


Assalamualaikum..ok semua orang tahu 16 Mei hari guru. So, aku pun nak jugak la post entry ni khas untuk guru yang telah mengajar aku sampai aku jadi MANUSIA sekarang. Hik3...gedik. Selamat Hari Guru buat semua guru-guru dan bakal-bakal guru. Nak cerita sikit pengalaman aku dengan guru boleh tak?? Kalau kowang tak nak baca pun tak apa..huhu. 

Sebelum aku masuk tadika, aku ada cikgu tak rasmi iaitu kak lang aku (ibu kepada 3 stooges) yang berumur 17 tahun masa tu. Beza aku dengan dia 13 tahun. Dia la cikgu pertama aku dan subjek pertama dia ajar english sebab dia ni memang minat english. So, ayah aku la yang bagi sokongan dengan melanggan buku-buku dari Reader's Digest untuk kak lang ajar aku. Lepas aku dah masuk tadika pun dia still mengajar aku sampai la dia dapat tawaran masuk poli. 

Disini juga aku nak mengambil kesempatan ingin memohon maaf kepada cikgu tadika aku iaitu Cikgu Fatimah walaupun dia tak baca blog aku. Saya mohon maaf banyak-banyak cikgu sebab saya dan beberapa kawan yang lain pernah ambil vitamin appeton secara senyap-senyap walaupun dah dapat satu biji cikgu bagi. Ini kerana vitamin tu sedap sangat cikgu...maaf ye cikgu.

Masa darjah tiga Cikgu Faridah iaitu cikgu subjek pendidikan seni aku suruh lukis corak batik. Maknanya bunga-bunga la kan. So, malam tu aku pun lukis la tapi disebabkan aku ni bukannya orang yang pandai melukis, lukisan jadi buruk giler bunga pun tak ada rupa bunga. Mak aku pun tegur la kan, kakak tahu tak nak lukis bunga tu? Kalau tak tahu meh sini mak lukiskan kakak warna. Aku pun takut jugak mula-mula tu sebab takut kantoi dengan cikgu tapi dah lama pulak aku mengadap benda tu x siap-siap aku pun serahkan la pada mak. Esok tu cikgu nak tengok, bangga jugak la aku keluarkan lukisan tu tapi takut jugak kot kantoi. Last2 cikgu jadikan lukisan aku paling cantik dalam kelas dan tampalkan dekat papan kenyataan belakang kelas. Tapi dari pandangan dan sindiran cikgu memang jelas aku dah kantoi. Hahaha....senyap sudaaa. 

Banyak sebenarnya pengalaman dengan cikgu ni, ada yang manis dan ada jugak yang pahit. Bila teringat balik, rindu pulak zaman sekolah. Hehehe. Oh ye, nak tau cikgu tak rasmi aku tu pun dah jadi cikgu yang rasmi sekarang dan mengajar subjek english, matematik dan sains. Sebenarnya, guru yang paling bermakna adalah ibu bapa kita. So, Selamat Hari Guru buat cikgu Fatimah guru Tabika Kemas Astana Raja, guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Astana Raja, guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdullah dan pensyarah-pensyarah program fisioterapi UiTM Puncak Alam. 


Hari ni 16 Mei jugak merupakan genap 7 tahun pemergian Allahyarham Haji Zainal bin Taih iaitu atuk aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah


This Thursday


Dear Am, Afan n Iecha, see you on this thursday ok sayang. <3