Nothing to say.....



On the rainy days you come and find me 
Torturing me through the night 
When the rain starts to stop,
 you follow slowly,
 little by little, 
you will stop as well...=(


Now,
I erased all of you
I emptied out all of you
But when the rain falls again,
All the memories of you I hide with effort,
It all comes back....i can't forget you =(



Raya bersama 3 stooges

Masa ni kitowang pergi raya dekat rumah anak buah ayah n best fren kak lang ( kak ijam ). Layan je la pic2 ni eh...malas nak tulis banyak2. HUHUHU.




iecha n abg am..



apan n atuk...



abg zam n kak lang



dekat rumah kak ijam..



iecha n abg apan.



cucu yang nakal bersama atuknye



finally, me n my mum




till the next entry
assalamualaikum...

Birthday Girl ~iecha~

Assalamualaikum..hai kowang!

Sepatutnya entry ni dah lama aku update tapi disebabkan kemalasan yang melanda, tertunda pulak nak tulis entry ni. 4 September hari tu birthday iecha anak buah aku. Weekend masa tu aku balik n9, on the way balik s.alam aku n family aku singgah Rawang jap especially for birthday girl. Sorry iecha, no present from kakak opsss mak long echa (perasan muda). By the way, kowang layan je la pic ni ok.



Happy birthday Arisyar Fatimatuz Zahra



hey 3 stooges!



Yeay! Muka happy giler lepas tiup lilin. huhuhu



alololo....comeynye die



tertibnye anak2 buah aku ni. padahal.....................




till the next entry.
assalamualaikum =)

Cerita basi...PPUM

Assalamualaikum...sorry la da lama menyepi sebab sibuk sangat2 2 bulan ni dengan praktikal n exam. Lagi satu sebab malas nak update la..walaupun ada banyak cerita yang nak diceritakan heheh. Macam yang kowang tau aku praktikal dekat PPUM bulan lepas dan dah menamatkan praktikal aku selama 7 minggu dengan jayanya. YEAY! So now, aku dalam mood exam. Doakan aku lulus dengan cemerlang eh...amin.

Ok, sebenarnya nak cerita sikit pasal praktikal.....sikit je x nak banyak2 nanti kowang muntah lak. Best la praktikal dekat sana sebab physio semua baik2 n banyak knowledge aku dapat n hope semua tu kekal sampai bila2 dekat otak ni. Posting kali ni aku bnyak kali balik rumah sebab dekat la katakan...aku kan duk meyewa dekat s.alam, s.alam dengan n9 mana la jauh sangat. Sempat juga la kenal 4 owang student kkm dekat sana....diowang pun best happening je. So far, PPUM best tapi yang x best parking die sebab selalu penuh. A few pictures from PPUM =)



haa.....jgn salah paham eh. ni bukan skandal aku dekat sana. ni skandal eg n zati tau.



kami berempat..bukan berdua bukan bertiga



ni lah jadinya bila gym kitowang punya...muahahah. 
physio semua x ada pergi meeting lor.



4 + 1 = 5



biasa la....bila x ada kerja, ni la kerja kitowang.



aku suka pic ni walaupun cermin tu buruk n x nampak muka aku.
hampeh punye cermin....


Ok tamat bahagian PPUM. Next posting iaitu final sem aku dekat Taiping selama 3 bulan lebih....SEDEYH!!! TAPI kawan aku yana minta tukar suka sama suka...so aku posting dekat KUALA PILAH...YEAY!! Suka gila sebab tiap2 minggu boleh balik rumah lepak dengan owang yang tercinta. Aku kan anak emak n ayah....mana boleh berjauhan lama2 dengan diowang...hahahah. 




till the next entry 
assalamualaikum =)



Hari ini....

Hari ni (30 JULAI) x ada la istimewa sangat bagi kowang yang x ada kena mengena dengan hari ni. Tapi bagi aku istimewa sebab hari ni hari yang bermakna bagi aku. Aku x minta apa2, cukuplah dengan ucapan "selamat hari lahir" dari owang2 yang tersayang. Itu pun sudah mampu buat aku tersenyum. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat ilahi sebab diberi lagi peluang untuk bernafas di bumi ALLAH swt ni. Hari ni jugak la genap aku berusia 20 tahun...dah ada angka 2 dekat depan. Makin lama makin meningkat...huhuuhu. Btw, terima kasih banyak2 kepada emak-emak, ayah dan abah sebab membesar dan mendidik aku dari kecil sampai sekarang. LOVE U.




"SELAMAT HARI LAHIR NOR AISHAH"



till the next entry
assalamualaikum =)

Rindu Pada.....

Weyy..aku dah kena simptom apa ni semua tajuk entry aku jiwang ni. Seriously, memang aku rindu...rindu sangat2. Yeay!! malam esok aku balik dan menghabiskan 1 hari di rumah sebelum berambuskan diri ke s.alam hari sabtu ni.  




Acha tunggu kakak balik eh...sayang dia



till the next entry
assalamualaikum =)







Dah jumpa rumah!!

Minggu ni sibuk sangat dengan assignment dan test, yela dah nak keluar klinikal kan kena la selesai apa yang x selesai lagi. Bila jadi macam ni, yang paling penting sekali mestila time management baru la semua kerja berjalan dengan lancar kan. 

Alhamdulillah...berkat usaha kitowang semua n bantuan keluarga masing2 misi mencari rumah sewa dah selesai dan sekarang tunggu nak pindah masuk je. X sia2 la kitowang menyewa kereta 2 kali n menghabiskan masa  Walaupun x dapat yang berdekatan dengan PPUM, x apa la asalkan kawasan tu selamat n eg n zati sanggup nak bangun awal hahah. Lagi pun x ada la jauh sangat dengan PPUM dalam beberapa minit je. Lagi beberapa hari je lagi nak tinggalkan puncak alam n meneruskan kehidupan di shah alam dan PPUM..aishh rindu puncak alam nanti. 




Cinta dalam diam

Pergh...title jiwang la siot. Ni semua pasal assignment yang banyak la sampai otak aku pun tiba2 dapat ilham buat entry ni. Sebenarnya dah lama aku fikirkan pasal entry ni tapi x tulis2 jugak sebab x dapat ilham yang sepenuhnya. 

Pernah x perkara ni berlaku dalam hidup kowang? Mesti pernah kan? Tapi tak dinafikan la ada yang x pernah lalui perkara ni. Cinta dalam diam atau cinta dalam hati...sama je maksudnya. Normal la setiap insan ada perasaan cinta kan. Bila kita cintakan seseorang dalam diam tanpa pengetahuan dia kita rasa apa eh?? Bagi aku la kan sebab aku pernah mengalaminya dan masih mengalaminya (mungkin)...sakit kot. Tapi lagi sakit kalau owang yang kita suka tu dah ada yang punya. 

Oleh itu, jangan la cepat sangat menaruh perasaan dekat sesiapa pun sebab aku percaya "dia" mesti datang dalam hidup aku satu hari nanti. Dia tu x tau la siapa kan. Apa2 pun, cinta Allah swt yang kekal sampai bila2 pun.




Cukup la sampai sini je sebab aku rasa macam bukan aku yang tulis entry ni...hahah





tll the next entry...assalamualaikum =)

Buah hati..

Aku x nak tulis panjang, aku nak letak gambar buah hati aku je boleh? Aku SAYANG sangat dengan buah hati aku ni. Kowang nak kenal dengan buah hati aku x??? Tengok dekat bawah ni...


*
*
*
*
*
*
*



eh2...macam kenal je mamat ni. silap2...silap gambar. dia ni x ada kena mengena pun dengan buah hati aku. hahah.

*
*
*

Ha...ni la buah hati aku yang sebenar benarnya. aku SAYANG SANGAT2 dengan budak 3 owang ni. 




















































hope dapat luangkan masa lagi dengan buah hati aku ni...aku sanggup buat apa je asal kan dapat bersama dengan buah hati aku. kakak sayang am, afan n iecha <3 u.



till the next entry
assalamualaikum =)


AKU TAK PUAS HATI!

Hari ni seseorang telah melampaui batas..dia betul-betul buat darah aku naik. X tau la kenapa hari ni aku rasa panas hati, banyak setan agaknya. First yang buat aku panas, abg boy (abg angkat) x jadi balik kampung. Aku dah lama x jumpa dia..ada dalam 3 ke 4 tahun kot. Since dia dah kahwin n dah ada anak sekarang, x pernah lagi jumpa dia. Aku sanggup tangguhkan cari rumah sewa dengan ety hari sabtu ni semata mata nak balik rumah jumpa abg boy n kak lang (3 stooges). Kak lang balik hari ahad n maybe aku balik puncak alam dia yang hantar. Aku x kesah sangat pun dia x jadi balik tapi yang buat aku sakit hati tu, dia hantar sms yang dia x dapat balik dekat ayah aku pukul 9 lebih tadi. Aku tengok mak n ayah aku kecewa la tadi bila dapat sms tu. At least, bagi la tau awal2..frust mak ayah aku tau x. Nasib baik x masak banyak, kalau banyak tadi siapa nak makan? Aku pun x sanggup nak hampakan mak ayah aku tau x. 

Second thing, isu dekat berita pun boleh buat darah aku naik tau. Parah betul aku ni. Kowang tengok berita x tadi? Ala...yang pasal bomba perempuan kena botak kepala tu. Panas hati betul aku...yang dibotakkan kepala owang tu apa pasal? Dalam ISLAM, cukur atau botakkan kepala bagi PEREMPUAN hukumnya HARAM tau x. Botakkan kepala dah menyerupai lelaki, menyerupai lelaki haram disisi agama. Aku bukan nak cakap pandai dan aku bukannya arif soal agama. Tapi aku pernah belajar bab2 agama n aku seorang muslimah, semua orang yang beragama ISLAM patut sedar tentang hal ni. Zaman sekarang ni, kebanyakannya hanya ISLAM pada nama bukan pada agama. Maksud aku nama je ISLAM tapi cara hidup lebih kebaratan. Renung-renungkan la.

Ok, yang ketiga buat aku dah sampai tahap marah. Budak tu dah melampau, tu la jadinya bila x ada sowang dalam rumah ni nak tegur dia. Aku x nak la kalau tegur owang sampai naik tangan, x suka la aku macam tu kan. Adik aku balik lambat tadi...kalau pukul 12 aku boleh terima lagi. Tapi tadi dah pukul 1 x balik2 lagi pahal. Tu pun aku yang call suruh dia balik...nasib ko la kan nak dengar aku melenting. Mentang2 la mak n ayah diam...ko naik taik pulak. Ko ingat ko dah besar nak ikut kepala ko je la...hey hormat sikit mak ayah eh. Walaupun diowang dah x ada satu hari nanti, aku yang jaga ko tau sebab ko tanggungjawab aku paham!

Aku tau la kenapa mak n ayah susah nak tegur adik aku sebab diowang bukan mak n ayah kandung ktowang...tapi aku kakak dia n aku berhak tegur n nasihatkan dia sebab apa yang dia buat tu salah. Aku x suka adik aku hilang hormat dengan orang lain n aku x suka dia duduk lepak sampai tengah malam n buang masa. Aku cuma nak dia jadi orang yang berguna sebab dia akan jadi ketua keluarga satu hari nanti. Aku tengok dia lebihkan kawan sampai x ada masa dengan family. Bukan x boleh, seimbangkan la semua tu. Bagi aku, family yang utama then baru kawan2. Aku macam ni la...bila dah marah owang pas tu rasa bersalah. Arghhhhh....tension la macam ni, ada adik sowang pun susah nak dengar kata. hishhhhhhh.





till the next entry...assalamualaikum =(

Aku Mesti Tengok!

Kowang rasa aku nak tengok apa??? cuba teka.....jeng3. Aku nak tengok filem 3,2,1 cinta, ye aku tau dah lama keluar cerita tu tapi disebabkan sibuk x sempat la nak pergi tengok. Nak tahu sebab apa aku mesti tengok?? Sebab filem ni shooting dekat kampus aku (UiTM Puncak Alam) n nak tengok scene farid kamil terhantuk dekat pondok tu...sakit wooo. SO, AKU MESTI TENGOK! hahahah.






till the next entry
assalamualaikum =)

PPUM =)

Hye sorry la sebab dah lama x update (poyo je..macam la ada orang baca blog ko ni). Susah la nak update sekarang sebab ramai dah tahu blog aku n susah nak mengutuk  sibuk banyak assignment kena buat sebelum praktikal julai ni. Dekat entry ni aku dah cerita kan dekat mana aku posting tapi........x jadi la pulak. Yang sebetul betulnya aku dapat dekat PPUM dengan eg, zati n myra. Alhamdulillah dapat dekat sebab senang ak balik rumah bulan puasa ni...hehehe. Yang buat aku runsing...rumah sewa x jumpa lagi. Ada sesiapa tahu dekat mana boleh dapat rumah sewa yang paling dekat dengan PPUM?? Kalau boleh nak jalan kaki je sebab aku ni mana ada kereta, motor pun adik guna. Kalau kena naik bas maknanya kena keluar awal...tapi kalau boleh x nak la jauh sangat. Kalau ada sesiapa yang tahu pasal rumah sewa 2....tolong bagi tahu eh. PLEASE..




till the next entry
assalamualaikum =)

Alhamdulillah

Aku dah dapat result aku pagi tadi dan alhamdulillah semuanya ok walaupun x ada la gempak mana. Result aku maintain dan yang paling penting semuanya lulus...alhamdulillah. Berbaloi la dengan usaha aku yang x seberapa ni. Oh ye....aku happy bukan sebab result je tau tapi sebab adik aku akan sambung belajar balik. Sebelum ni pun dia belajar dekat uitm tapi dia keluar sebab x minat course 2. So, this november dia masuk poli dekat perak. Aku harap dia belajar rajin2 n belajar dari kesilapan. Aku pun x nak main2 lagi dah...2 sem ni aku kena buat betul2 n belajar rajin2. Aku x nak DIA hampa. Yes echa, you can do it!!




pic ni aku snap senyap2 je tau...mak n adik aku x tau pun huhuu. Mak aku tengah tolong adik aku pilih minyak rambut. Fyi, aku dah ada dekat puncak alam sekarang. Tiba2 rasa rindu yang amat sangat dengan family aku. 


Belajar rajin2 ye dik...=)


till the next entry 
assalamualaikum


PADAN MUKA KO!!

Attention!! Seperti mana yang kita tahu bahawasanya result uitm student keluar hari ni. So, aku bab2 nak tengok result ni memang cuak tahap cipan. Disebabkan result dihantarkan ke email masing2 jadi aku x nak la gelabah sangat g tengok kan, walaupun aku rasa macam nak pecah perut n jantung bagai nak meletop sebab cuak punya pasal. Aku pun duk relax tengok tv sambil makan kuaci (menipu! mana ada kuaci) sedangkan malam tadi aku x boleh tidur fikirkan result. Aku pun ambil keputusan tengok result 2 malam ni....dengan mata yang separuh tutup (ala2 tengok cerita hantu) pun buka la email dari uitm. 

Tup2 ayat ni yang keluar



Anda tidak sah untuk memaparkan maklumat Keputusan peperiksaan Semester ini.
Sila rujuk makluman dibawah:

"Keputusan peperiksaan anda disekat kerana tidak melengkapkan SuFO bagi semua subjek yang berdaftar bagi semester Disember-April 2011. Sila lengkapkan SuFO anda dengan kadar segera bagi membolehkan anda mendapatkan keputusan peperiksaan. Sebarang kemusykilan sila hubungi talian 03-55435780/ 5781/ 5791"




Hahahaha....esok la jawabnya kau dapat tahu result kau echa. Title entry ni adalah merujuk kepada AKU! PADAN MUKA KO ECHA! Itu la nak relax sangat. X dapat tidur jugak la aku malam ni. 


wish me luck
till the next entry
assalamualaikum =)