Siap kau kontot!

Assalamualaikum...

Over tak tajuk entri ni? Macam aku tengah marah berapi-api (siap keluar api tu) kan? Tapi, siapakah kontot? Apakah yang kontot? Apa kontot ni dah buat? Mesti macam-macam kowang fikirkan? Hahah. Kontot ni kucing, tapi tak tahu siapa tuan dia. Aku panggil dia kontot sebab dia macam tak ada ekor dan kembang pulak tu. 


 Lebih kurang macam ni la ekor dia tapi lagi kembang macam kembang semangkuk. 

Kontot ni kucing jantan. Dia ni selalu datang rumah aku cari pasal dengan Cici dan Didi. Selalunya dia gaduh dengan Cici la sebab Cici ni panas baran. Didi ni lembut hati sikit walaupun badan besar. Hari jumaat lepas (baru sekarang aku nak cerita hahah) Didi gaduh dengan kontot. Masa tu aku nak leraikan pun susah sebab diowang dah bergumpal. Aku pukul la kontot tu dengan penyapu (terpaksa) tapi diowang still bergumpal lagi. Tiba-tiba je aku tengok Didi dah kaku dan mata terbuntang. Aku gegar-gegar badan dia tapi tak gerak jugak. Aku dah mula nangis dah takut Didi mati. Darah mula keluar dekat hidung Didi. Aku dukung dia, baju aku dah penuh dengan darah. Aku tak tahu nak buat apa masa tu. Nak bawa pergi klinik, dah petang. 

Aku masuk dia dalam sangkar dan alas dengan kain. Mata kiri dia dah mula bengkak sebab pendarahan dalaman..darah dah berhenti keluar dekat hidung tapi keluar dekat mata pulak. Aku nak lap dan letak minyak gamat (tu je yang mampu aku fikir masa tu) tapi dia tak bagi dan dia asyik meow-meow je (dia nangis la tu). Aku pun sama duk menangis dengan dia, masa tu dah tak peduli dah ada owang pandang ke apa ke. Aku sedih + takut kalau apa-apa jadi dekat dia. My babies yang lain semua duduk dekat depan sangkar Didi macam diowang pun faham yang Didi dalam kesakitan. Ayah bagi Didi antibiotik sebab nak elak jangkitan kuman dekat mata dia. Nasib baik stok ubat ada lagi..kalau dah habis tak tahu la aku nak buat apa. Biasanya Cici dan Didi tidur sama. Tapi disebabkan Didi sakit terpaksa la asingkan sebab takut kalau Cici "naik hantu" malam nanti, Didi jugak yang kena. Cici "naik hantu" pun sebab kontot tu datang kacau. Jahat kan?

Esoknya, Didi tidur je. Ayah bagi lagi antibiotik dan panadol sebab Didi demam. Petang tu aku bagi dia makan ikan rebus sebab aku tengok dia makan biskut whiskas tu macam seksa sangat (mungkin sakit bila dia kunyah kot). Aku nak lap mata dia sebab kesan darah meleleh dekat hidung pun dah kering. Tapi dia tak bagi jugak. Aku nangis lagi tengok keadaan dia macam tu. Aku tak bagi dia keluar main sebab nak dia rehat.

Pagi isnin tu aku ingat nak bersihkan kesan darah dekat mata dan badan dia. Sebelum tu dah fikir dah aku kena paksa Didi jugak sebab takut jangkitan kuman. Tapi, aku tengok masa tu badan dia bersih macam selalu dan keliling mata dia pun dah tak ada kesan darah. Aku tanya la mak, siapa yang lap mata Didi? Mak ke ayah? Mak cakap tak ada siapa pun yang lap kan. Aku duduk la dekat dia dan tengok betul-betul..memang bersih. Alhamdulillah..ALLAH swt bantu Didi dan kurangkan sakit Didi. Lepas tu, dia dah tak meow-meow dah macam semalam. Tapi mata dia je la warna merah. Apa-apa pun aku bersyukur sangat sakit yang dia tanggung dikurangkan. Makan pun laju je sekarang ni. Petang isnin tu aku bagi dia keluar berak sebab dah 2 hari dia tak berak. Didi tak suka kotorkan tempat tidur dia. Aku la kena jadi bodyguard dia...ikut je mana dia pergi sebab takut dia terjumpa kontot. Kalau Cici la yang kena macam Didi...Cici dah pergi cari kontot dah. Dia tu berdendam.



Mudah-mudahan mata Didi cepat sembuh. Sayang Didi. 


Aku nampak kontot lepas ni, siap dia. Aku kejar keliling kampung dengan penyapu....hahaha. Kalau kejar tuan dia sekali boleh tak?




till the next entry
assalamualaikum =)

Entry macam-macam

Assalamualaikum..

Nampak tak tajuk atas tu? Haaa...sebab tak tahu nak letak tajuk apa dan ada macam-macam benda nak cerita, jadi la tajuk entry macam-macam (malas nak peningkan kepala ahahha). Hari tu (tak ingat hari apa) menang New Year Giveaway by Anis Amila dan dapat hadiah tudung dari Mulawa Fashion. Terima kasih banyak-banyak. 



Love it..Thanks Mulawa Fashion =)


Petang tadi pula, dapat parcel dari Doubleyousmile Store (yang ni aku order heheh). DIY box in box dan foundation sponge magic. Hati ni dah meronta-ronta dah nak box in box tu cepat tapi posmen lambat pula hantarnya. Eksaited tau nak box ni sebab dah terbayang-bayang dah nak organise barang aku macam mana. hahah over aku ni kan?


Ini la barangnya. Kotak tu bukan dah siap macam tu bila dapat tau. Kena gam sendiri, dah nama pun DIY. Do it yourself la kan. Reason aku beli kotak tu pun sebab aku tengok meja solek (solek la sangat) aku tu dah sarat sangat. Hajat hati nak yang macam gambar bawah ni.....



Cantikkan? Harga pun cantik beb! Tak apa, dah kerja nanti boleh la. hahah. Nak yang macam ni? Kowang boleh beli dekat Retail Paradise


Sebelum


Malu aku nak tunjuk. Nampak bersepah kan. Dalam beg leopard tu macam-macam khazanah aku sumbat dalam tu sebab tak muat nak susun atas meja. Fyi, meja tu tak besar. Maklumla, turun temurun punya (mak punya) hahah. 


Selepas




Nampak tersusun sikit la kan. Tak la serabut macam tadi hahah.
Jangan tanya kenapa aku tonggengkan terbalikkan losyen vaseline tu. Tu sebab losyen dah nak habis..dan aku ni kan kedekut jimat, akan ku guna hingga titisan terakhir tau. Cehhh. Nampak tak peti rahsia tu? tu pun harta turun temurun (kak lang punya).


Last touch up




Aku tukarkan peti rahsia tadi dengan kotak plastik je (untuk aksesori dan jam) sebab peti rahsia tu beso naaa. Happynya...dapat box in box ni. Comel je. Yang foundation sponge magic tu aku belum guna lagi, nanti kalau aku rajin aku buat review yang tu ok. Oh ya..ada sesiapa peminat Mary Kay? Kowang pergi la Doubleyousmile Store sebab dekat situ pun ada jual macam-macam produk dari Mary Kay. 




till the next entry
assalamualaikum =)


Mini Giveaway by FD


Assalamualaikum...

Tengah rajin join GA ni. Siapa yang tengah rajin tu, jom la join sama. 6 March 2013 tarikh tutupnya. Hadiah pun menarik. Nak join klik aje banner tu (geram aku tengok koleksi cincin tu) 

Tag: siapa-siapa yang tengah rajin =)

2nd Ina Giveaway


Assalamualaikum..

Jom join GA ni. Best GA ni sebab 46 pemenang akan dipilih. Kalau peserta tak melebihi 50 orang GA akan dibatalkan. Nak join? Klik aje banner tu. =)

Hello Kitty big fan!

Assalamualaikum...

Siapa suka Hello Kitty? Gila tak suka. Especially budak perempuan, semua suka Hello Kitty kan? Tak tahu la aku kalau ada yang tak suka...hahah. So, aku sebagai online shopper yang tegar nak kongsi dengan kowang semua kot2 ada yang tengah mencari barang-barang Hello Kitty kan. Kowang jenguk la online shop ni..semua barangan Hello Kitty je. Kalau tengah 'kaya' nak je aku add to cart tapi tak boleh tak boleh...kena jimat echa. Jom layan gambar sat.















Pendek kata...satu rumah boleh dipenuhi dengan Hello Kitty. Nak karpet tu...uhuk. Kumpul duit kumpul duit echa..hahah.



Pemenang My First Giveaway by Echa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Giveaway Echa yang pertama dah berjalan dengan lancar selama sebulan. Sekarang tiba la masanya untuk pengumuman pemenang GA ni. Siapakah? jeng..jeng..jeng. Echa ada bagi tahu kan cuma ada seorang sahaja pemenang. Tapi, alhamdulillah bulan ni murah rezeki echa. So, ada 3 owang pemenang..yeay! Jom kita tengok siapa yang bertuah tu.



Lucky Draw (manually)



Pertama



Kedua



Ketiga


Haa...siapa punya nombor tu? Sila tengok nombor kowang dekat entry ni ye.


Selesai dah..pada yang tak berjaya, jangan risau ada 'sesuatu' untuk kowang juga. Hehehe. 
Pada yang menang sila hantarkan butiran berikut dekat inbox FB ok

Nama
alamat
nombor telefon
email address
link entry GA 
nombor peserta


Pada yang tidak berjaya pun, sila hantarkan butiran berikut dekat inbox FB juga 

Email address
link entry GA
nombor peserta




My First Giveaway by Echa TAMAT

Assalamualaikum..

GA echa yang pertama dah pun tamat. Terima kasih pada yang sudi join GA yang tak seberapa ni. Jom Blogwalking dekat SINI. Kalau ada yang tak tersenarai bagi tahu cepat2 tau. Pemenang akan diumumkan pada malam esok atau Jumaat. Selamat Malam =)

Siapa nak hadiah? Jom Join GA ni.

Assalamualaikum..

Ehemm2...ada pengumuman ni. Hari ni echa nak buat giveaway sempena menghargai follower-follower yg sudi follow blog ni. Jom la kita mulakan =)


Syarat-syaratnya mudah dan simple je.

1. Buat entry bertajuk "My First Giveaway by Echa". Copy banner dan backlink.
2. Follow blog ni dan Like De Lavenda Shop
3. Nak tag blogger lain pun boleh, kalau tak nak pun tak apa.
4. Tinggalkan link entry dalam kotak komen.

Tadaaaa....siap dah. 

Echa akan pilih seorang sahaja pemenang yang bertuah. Kalau ada rezeki lebih, pemenang mungkin akan bertambah. Hadiahnya?? rahsia..baru la surprise

Good Luck =)

3 hari lagi!!

Assalamualaikum...

Tinggal 3 hari lagi GA yang dianjurkan oleh echa bakal tamat. Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak join dan tengah rajin join GA tu, moh le join GA yang tak seberapa ni. heheh. Klik banner bawah ni ha =)





New Items di De Lavenda Shop

Assalamualaikum...

Sebelum melelapkan mata, meletakkan kepala di bantal, nak bagi tahu ni. De Lavenda Shop ada menjual produk terbaru iaitu fesyen aksesori seperti rantai, gelang, cincin dan sewaktu dengannya. Jika berminat, sila la jenguk-jenguk album di De Lavenda Shop ye. Page badge ada dekat sidebar sebelah kanan tu. 

Terima kasih =)

Entry hujung minggu

Assalamualaikum..

Hari ni penat sangat melayan karenah my babies yg 27 ekor ni. Dari hari isnin sampai semalam, diowang aku tak lepaskan sebab abah aku sedang mengecat rumah. So, terpaksa la diowang makan dalam sangkar. Kesian baby aku. Hari ni baru la dapat keluar main, ada yang bergolek la, ada yang berlari la, melompat pun  ada, macam-macam ragam. Happy giler masing-masing dapat keluar main. Lama juga diowang main tadi, aku la sowang-sowang yang melayan diowang semua sebab mak buat kuih. Dah puas main, datang dekat aku minta whiskas, lepas tu sambung main, datang balik minum air, main lagi. Diowang semua ni la intan payung, pengarang jantung, buah hati dan sewaktu dengannya. Kadang-kadang buat aku gelak, marah, senyum sowang-sowang, membebel dan macam-macam la. Aishhh....macam-macam. 

Semalam pula aku pergi ambil BR1M dekat balai raya kampung sebelah. Dah la tak pernah pergi majlis macam tu sowang-sowang, main redah je la. Mula-mula tu rasa nebes juga la sebab tak ada kawan kan tapi *dalam hati (pedulikan je la echa, redah je. tak tau, tanya owang). Aku pergi daftar lepas tu terus duduk dekat bawah khemah. Dapat la sowang kawan yang tua setahun dari aku dan dia pun sama macam aku (datang sowang-sowang hahahah). Tak rugi pun kalau kita ramah dengan owang, kalau sombong owang tak nak kawan kan. Dah dapat baucer dari YB, baru la tunaikan duit. Akhirnya, selesai juga. Siapa nak bagi kan duit banyak tu..Alhamdulillah rezeki.

 Bila dah habis belajar ni, mula la rasa susahnya mencari duit dan mula menghargai duit. Kalau tak, dulu asalkan dapat ptptn, nak shopping ni, shopping tu. Sekarang, nak guna sepoloh hengget pun pikir berpuluh kali (perlu ke beli?). Nak keluar rumah pergi tengok wayang pun, beratus kali aku kena fikir, sebab kalau keluar dah tentu la makan dekat luar juga, nak beli tu, beli ni, tengok wayang, tambang lagi. Paling miskin pun rm50 mesti ada dalam poket. ye tak? Bukan nak jadi kedekut, tapi entah la, mungkin sebab aku pernah rasa macam mana bila aku tak ada duit. Tapi, rezeki itu dari ALLAH swt, jadi jangan pernah berputus asa untuk sentiasa berdoa dimurahkan rezeki. Amin.

till the next entry
assalamualaikum =)

Mini Giveaway By IeZwa RazK


Assalamualaikum...dah lama tak join GA. Jom join GA ni ramai-ramai. 

Klik aje banner tu ye =)

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya =)

Assalamualaikum...

Minggu ni memang memenatkan, menyakitkan dan menyedihkan tetapi menggembirakan. Haaa...nak tahu kenapa? Meh nak cerita satu-satu ni. Minggu ni memenatkan sebab jumaat malam sabtu tolong mak buat kuih untuk bawa ke rumah mak ngah aku dekat Sg.Besi esoknya. Macam-macam jenis kuih ada. Ahad tu pula, pergi Seremban sebab anak mak ngah bertunang (aku dari rombongan pihak lelaki). Sebenarnya, aku dah mula rasa tak berapa sihat sejak balik dari Sg.Besi petang sabtu tu. Pagi Ahad tu, bila bangun kepala rasa berat sangat dan telinga kanan aku dah sunyi (dah biasa kena sebelum ni). Tapi, kuatkan semangat sebab nak tengok cousin bertunang punya pasal kan. Lepas dah balik dari Seremban pun boleh tahan lagi.

 Dah la esoknya (isnin) budak 3 owang tu balik. Aku tak tahu la macam mana aku nak layan diowang dengan keadaan aku yang tak berapa nak sihat ni. Aku mampu makan panadol je sebab farmasi tutup, klinik pun tutup sebab cuti kan. Nak pergi hospital? Rasa macam tak ada la teruk sangat keadaan aku ni kan. 3 hari aku tak boleh kunyah (hanya mampu telan je). Kalau nak kunyah pun, boleh guna gigi depan je. Ya ALLAH, seksanya masa tu hanya ALLAH swt je yang tahu. Perut lapar, tapi tak boleh makan. Nak-nak lagi, mak masak sedap-sedap hari tu. Yela, cucu dia balik mesti la masak special. Hari rabu pagi diowang pergi PD lepas tu balik Rawang. Kalau aku sihat, dah lama aku ikut dah. Lepas diowang balik baru la pergi klinik, doktor check semua dan dapat ubat. 




Sekarang, alhamdulillah rasa ringan sikit kepala, demam pun dah kurang, telinga pun kurang sakit, bengkak kurang sikit nampaknya, tapi kalau owang duk berbisik dekat sebelah aku tak dengar dan kalau bunyi bising walaupun tak kuat (tapi ada macam2 bunyi) kepala aku jadi sakit yang amat. Penyakit ni dah banyak kali aku kena sejak zaman sekolah lagi. Dan baru la sekarang, terdetik nak mencari jenis apakah penyakit aku ni. Ini namanya Parotitis. Lepas ni, aku kena la study penyakit ni untuk prevention. Dalam sakit-sakit pun dapat la berita gembira..................jeng3



Hahah...dapat BR1M. Alhamdulillah.




till the next entry
assalamualaikum =)

Serius aku sakit hati!!

Assalamualaikum..


Semalam, aku keluar dengan mak pergi beli bahan-bahan nak buat kuih dan cari daun pisang. Planning asal aku nak pergi lepak dekat Seremban tengok MAMA tapi tak jadi la sebab nak tolong mak dan ada barang yang aku order sampai. Aku order long necklace dari YaYa boutique, dia guna Skynet delivery. Sebelum ni pun memang dah banyak kali ambil barang dari courier skynet dan uncle courier tu pun dah kenal aku. Tapi kali ni, bukan uncle tu hantar tapi budak melayu (guna motor). Yela, sebelum ni biasa yang berkotak-kotak je sebab uncle tu guna van. Uncle tu hantar barang pun tak sampai dekat rumah, dia kol suruh aku tunggu depan sekolah (jauh dari rumah dalam 2km). Ok la aku boleh terima tu sebab mungkin susah dia nak cari bila masuk kampung ke kan. But at least, dia sanggup masuk dekat area kampung aku. Tapi budak melayu sengal ni, dia suruh aku datang ambil barang dekat Pekan Kota (jauh dari rumah dalam 10 minit macam tu). Kalau masa tu minyak kereta atau motor tak ada ke, macam mana aku nak pergi ambil barang? eeee bengong la. Baik guna Poslaju! Sampai ke pintu rumah dia hantar! Tak kisah la mahal ke apa ke asalkan tak menyusahkan aku! Sakit hati betul aku dengan mamat sengal tu. Dah sampai aku dekat tempat yang dia suruh tunggu tu (aku lambat 10 minit tapi aku dah bagi tahu aku lambat) dia punya muka macam nak telan aku, lepas tu dia bagi barang dan berambus macam tu je. Kurang ajarrrr punya budak! Aku punya la kelam-kabut sebelum tu, kau layan aku macam tu (tak ada sain apa-apa pun). Memang berapi aku masa tu. Aku tahu la aku salah sebab lambat tapi kau pun salah sebab memang tanggungjawab kau hantar barang ke alamat yang di tulis dekat borang tu! Alamat aku bukan dekat PETRONAS la cipannnnnn!!! Astaghfirullahhalazim...sabar echa sabar. Lepas ni aku tak nak guna khidmat kau lagi. 

Uji Minat Anda! Entry khas untuk lepasan SPM/STPM/Matrikulasi

Assalamualaikum..seperti mana yang kowang baca pada tajuk entry ni, aku nak kongsi dengan kowang semua. Kot ada yang tak tahu lagi la. Khas untuk adik-adik lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi. Dulu masa zaman aku (4 tahun lepas) benda ni tak ada pun secara online. Kot ada pun yang omputeh punya la dan susah nak faham syarat-syaratnya (bagi aku la sebab berserabut website nya tu).

 Tapi sekarang, dekat portal UiTM dah ada. Suka tak? Suka tak? Aku suka la sebab dari dulu lagi nak cuba buat benda ni dekat Pusat Kaunseling tapi memanjang tak pergi pun. Ok la, sistem ni senang dan ringkas. Ayat pun pendek-pendek je. Sesuai la untuk aku yang tak suka baca ayat panjang-panjang..hahah


Nak cuba? Klik je banner tu ye =)

Aku dah cuba tadi, dia akan keluarkan kursus apa yang bersesuaian dengan minat, kemahiran, dan result kita. Result aku? Lupa nak printscreen tapi apa yang aku belajar untuk diploma, tak tersenarai pun. hahaha. Kowang cuba la sendiri ye...selamat berjaya!




till the next entry
assalamualaikum =)

I want that necklace from Sarang Hamnida Collection


Assalamualaikum...jom join segmen ni ramai-ramai. Dah la sekarang aku tengah gila kumpul koleksi long necklace ni. hahaha. Mana tahu kot ada rezeki dapat dari Sarang Hamnida Collection ni...heheh =)
Meh la meriahkan segmen ni. Senang je pun syaratnya. 

Klik banner tu kalau nak join ye =)

Tarikh tutup: 10/2/2013





New Job!

Assalamualaikum..semua.

Sebelum kita mulakan entry ni, nak buat iklan sikit. Sila la join segmen suka-suka Cik Nurul Atiqah kita ni. Join ramai-ramai ye. Ok iklan tamat...teeetttt

New job? Apakah? Adakah aku dah dapat kerja? Kerja apa? Hahaha...I wish for it. Aku belum dapat kerja lagi. Dapat offer tapi jauh. Aku tak nak pergi jauh sebab ada tanggungjawab paling besar dekat rumah ni. Anak-anak aku tu siapa nak jaga? Dah la sekarang berjumlah 27 ekor! Macam-macam ragam. Haish..kembali kepada topik asal ye. Aku dapat kerja baru tadi tapi tanpa bayaran la. Aku bagi reward dekat mak aku whole body massage for an hour since I ni tak mampu lagi nak bawa mak I pergi spa uolss. Ok la tu kan? Apa faedah aku belajar fisioterapi tapi tak manfaatkan ilmu yang ada kan?? So, tiba-tiba la terfikir....nak buka spa la hahahah. Siapa nak join adventure? InsyaALLAH kalau ada rezeki nanti, mana tau kannn? Hadoooiiii...berangan je lah! 



till the next entry
assalamualaikum =)

Felinna Inchloss Lotion RM120 for 2 bottle

Assalamualaikum 

Sempena Tahun Baru cina ni, Felinna Beauty ada buat promosi untuk Felinna Inchloss Lotion. Pembelian 2 botol hanya RM120 dan kos poslaju PERCUMA. Hanya 10 hari sahaja. Dari 2 Feb 2013 - 11 Feb 2013. Siapa nak? Cepat dapatkannya di De Lavenda Shop.