Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum...

Raya dah lama habis la echa...dah nak raya haji dah pun. Hahaha...maaf la, aku kan malas nak update bila ada mood nak update je baru aku update ok. So tahun ni, kami sekeluarga beraya tanpa wan. Arwah pergi meninggalkan kami seminggu sebelum puasa.

 Buat pertama kalinya, aku tangkap gambar keluarga pagi raya tu. Tak tau la sebab apa aku dan keluarga tak pernah tangkap gambar sebelum ni mungkin sebab mak sibuk masak kuah lontong dekat dapur (dah memang jadi tradisi tiap2 tahun masak kuah lontong pagi2 raya), ayah dan adik pergi sembahyang raya, arwah wan pulak duduk depan tv tengok siaran langsung sembahyang raya, dan aku tolong mak dan hidangkan makanan.

Arwah tak dapat jalan sejak beberapa bulan selepas arwah atuk meninggal tahun 2005. Pergerakan kami sekeluarga agak terbatas la terutamanya mak, bila arwah wan dah tak ada sunyi pulak sebab dulu dia suka bercerita. Tapi bila dia tak nampak owang dekat ruang tamu dia akan memekik panggil mak aku, dan sape-sape je yang ada dekat rumah masa tu sebab dia takut tinggal sowang-sowang.



Dari kiri ke kanan: Kak efa, hafiz, abg epul, mak dan abah
Tahun ni raya pertama abg epul, isteri dan anak dia beraya dekat kampung. Abg epul ni sepupu aku.



Dari kiri ke kanan: kak efa, ayah, hafiz, mak, mak dan abah



Couple yang baju hitam tu m.cik dan p.cik aku yang membesarkan dan menjaga aku dari kecik. Couple yang purple tu pulak mak dan abah kandung aku. 



Baru la ada aku dalam gambar ni...huhuhu. masa ni adik aku keluar pergi beli ais. Disebabkan abg epul ada la kami semua tangkap gambar kalau tak memang tak wujud la gambar ni sebab mak2 dan bapak2 aku ni bukan jenis owang yang suka tangkap gambar.




ni la wan aku..gambar ni raya tahun 2009. Dia selalu duduk dekat kerusi tu. All the time. 




till the next entry
assalamualaikum =)


No comments:

Post a Comment