Assalamualaikum..
Sepatutnya entry ni dah lama dikuarkan tapi baru sekarang nak update. Secara rasminya aku dah habis latihan klinikal dekat HKL 14 september lepas dan aku ada professional exam dekat Hosp. Sg. Buloh pada 19 september. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan aku harap aku lulus..insyaALLAH, amin.
Esoknya pulak aku bertungkus lumus menyiapkan case study dan assessment untuk dihantar ke Puncak Alam hari jumaat tu. Satu hari aku tak tidur langsung sebab nak siapkan kerja yang bertangguh (Salah siapa??? salah sendiri la...echa3.) Akhirnya, siap jugak kerja aku tepat pukul 8 pagi. Lepas tu terus siap-siap dan suruh ayah hantar dekat stesen komuter. Dalam tren pun aku dapat tidur dalam 15 minit je sebab aku tak rasa mengantuk sangat.
Sampai Gombak, kak juha jemput dan pergi beli nasi kukus ayam dara dekat taman melati...pergh sedap siot, terliur aku hahah. Memang berbaloi sangat dengan harga RM6...sape2 yang x pernah cuba, lebih baik kowang pergi. Petang tu baru bertolak ke Puncak Alam nak hantar report.
Aku plan nak tidur dekat rumah yang aku stay selama aku parktikal dekat HKL iaitu rumah mak cik kak juha (mak lah) tapi disebabkan diowang ada rancangan lain, so aku ikut je la. Rupanya diowang nak pergi jalan-jalan dekat putrajaya, so kami semua menghala ke rumah kak intan dulu, lepas jemput dia pergi lepak kat kedai mamak. Dekat sejam lebih duk lepak sana sampai mamak tu dah bagi sign macam nak menghalau je. Malam tu tidur dekat rumah kak intan, tengahari baru la bertolak balik ke Gombak dan petang tu dalam pukul 3 aku pun pulang ke N9. Kowang layan gambar la.
Kaki-kaki
Fatin, kak juha dan aku
Fatin, kak juha dan farah
Kak intan, kak juha, aku dan fatin
Pose ala2...aku pun x tau hahah
Sempat lagi tu..
Malunya owang belakang tengok..huhuhu
till the entry, ASSALAMUALAIKUM =)
No comments:
Post a Comment