Family Tree

Assalamualaikum, dah lama aku nak tulis entry pasal family tree my baby tapi tak ada idea macam mana nak mulakan. Disebabkan dah ada lagi 3 ekor baru je lahir beberapa minggu lepas, bertambah besar la keluarga adel dan acha.

Aku mula bela kucing masa umur aku 13 tahun, kucing tu yang datang sendiri dekat rumah. Kucing tu sangat manja dan tak takut dengan orang. Aku kesian tengok dia lapar, jadi aku cuma bagi dia keropok bawang je sebab aku takut mak marah kalau bagi dia ikan..huhuhu. Aku tak bagi nama pun dekat dia tapi aku cuma panggil dia "ching". Tak lama lepas tu, mak pun bagi bela dia dan aku bagi nama ACHING sebab dia pun dah biasa dengan panggilan tu. 

Masa aku dah Form 2, aching pun beranak dan keluar la 3 ekor baby comel yang aku ingatkan semua betina tapi rupa-rupanya 2 ekor jantan seekor betina kah3. Dah la masa tu AF3 tengah hot kan, so aku letak la nama penyanyi AF tu bagi baby baru tu...hahah. Yelah, sebab masa tu memang tak ada idea nak bagi nama apa. So, aku letak akma, amy dan acha (sebenarnya marsha tapi dah lama lama tu terpanggil acha pulak). Akma dan amy tu yang jantan. Acha lak betina. Aku tunjuk gambar je la eh??



inilah akma, amy dan acha. Lahir bulan oktober/november 2005. Gambar aching tak ada sebab masa tu aku tak ada kamera lagi. Amy tinggalkan kitowang tahun 2008 sebab sakit apa aku pun tak tau tapi yang pastinya ada macam bisul dekat perut dia. Aching pun mati sebab tu jugak pada tahun 2006..mungkin sakit keturunan kot. Akma pun dah tinggalkan kitowang bulan 2 tahun ni.



Tahun berapa entah Adel datang dekat rumah dan dia ni manja sangat2 sampai buat mak dan ayah aku jatuh cinta dekat adel. Maknanya Adel bukan lahir dekat rumah ni.



Yang ni anak-anak adel first generation Ogos 2011
Dari kiri ke kanan : baby, honey dan darling
Tapi sayangnya baby dan honey pun tinggalkan kitowang beberapa bulan lepas tu sebab termakan racun. Aku tak tau la angkara siapa atau pun memang dah takdir. 



Acha's first generation Oktober 2011
Dari kiri ke kanan : kimi, qaseh, boboi dan dadi
Qaseh, boboi dan dadi pergi tinggalkan kitowang dan sempat la menumpang kasih selama 2 bulan macam tu. Kimi pulak ada rectal prolapsed...setiap kali terkeluar je aku dan mak la yang masuk kan balik. Tapi ada satu hari tu tak boleh masuk balik dan ayah hantar pergi klinik haiwan, doktor cakap nak buat operation pun tak digalakkan sebab dia baby lagi, so dia kena tinggal sana sehari dua. Jumaat tu pergi sana nak ambil bawa balik tapi tengok keadaan dia teruk sangat..benda tu pun still tak boleh masuk. Doktor cadangkan matikan dia dengan injection apa entah sebab kesian tengok dia terseksa macam tu. Aku tunggu dekat rumah tengok ayah balik bawa sangkar kosong je....kimi tak ada. =(



Adel's second generation disember 2011
Comel, didi dan cici
Kiri ke kanan : didi dan cici
Comel sakit dan mati beberapa bulan lepas tu



Acha's second generation Feb 2012
Yang ni paling nakal...susah nak jaga.
Masa diowang umur 2 bulan, semua cirit birit sampai dah kurus kering dah dan tak ada selera makan. Banyak kali bawa pergi klinik tapi tak elok-elok jugak. Mak dah give up, dia cakap tak panjang umur diowang ni. Pada mulanya aku pun give up jugak tapi entah dari mana dapat semangat aku bagi makan ubat, aku bagi makan labu (ni cari dekat internet untuk kucing cirit birit). Alhamdulillah diowang semua beransur pulih dan ada selera makan. Sekarang ni gebu bukan main. Raya hari tu ada owang nak beli 4 ekor ni...no3 tak boleh. Aku sayang diowang.



Adel's third generation Mei 2012
Dari kiri ke kanan: panda, aneng dan bella.
Panda pun dah mati Jun lepas. Sebab apa aku tak pasti.
Sekarang aneng dan bella dah besar dah tapi gambar yang terkini tak ada sebab diowang ni suka lari-lari so bila snap goyang la. Nanti aku update ok.



Acha's third generation June 2012
4 ekor ni nakalnya sungguh..kecik2 lagi dah panjat pagar.
Haish tak tau la apa nak jadi.



Yang ni pulak darling dengan tamtam
Darling baru je beranak semalam 10.10.2012 dapat baby girl
So, nama baby dia Ara. Nama tu mak aku yang bagi..ni semua pengaruh cerita filipina mara clara tu. huhuhu.


Ok..selesai sudah family tree my baby yang dah lama aku nak tulis ni. So, total my baby aku sekarang ialah 16 ekor. Aku harap my babies sihat-sihat belaka. 

till the next entry =)
assalamualaikum