Assalamualaikum..lama dah tak update blog ni. Maaf la ye blog, huhuh apa boleh buat..tuan kau ni pemalas yang amat. Tak lah lama sangat aku menyepikan diri kan? Tak sampai sebulan pun kan. Tapi apa-apa pun sepanjang aku tak update blog ni, tak ada apa-apa yang terjadi dalam hidup aku seperti tukar status dari Miss ke Mrs atau Mrs to be..hahah. Cuma bilangan my babies je yang dah bertukar dari 33 ke 30. Aby, Ayong dan Jojo dah meninggalkan kitowang bulan lepas. Eh...aku nak buat entry pasal review ni apasal panjang sangat mukadimah aku ni?
Ok la..aku nak cakap pasal satu produk skin care ni. Nama dia Innisfree. Pernah dengar? Produk ni ialah produk Korea dan semua produk Innisfree dihasilkan daripada bahan alam semulajadi. Ni kata-kata pengeluar "Innisfree is a natural brand that shares the benefits of nature from the pristine island of Jeju allowing for vibrant beauty and pursues an eco-friendly green life to preserve the balance of nature." Rasanya belum ada lagi kot outlet Innisfree dekat Malaysia, so kalau nak beli produk Innisfree kena beli direct dari Korea atau melalui online shop. Sebenarnya, De Lavenda Shop ada jual produk Innisfree Capsule Recipe Pack iaitu wash-off type mask. Aku dah guna 2 jenis pack iaitu Red Ginseng & Mushroom dan Jeju Volcanic.
Yang ni Red Ginseng & Mushroom.
ni la isi dalam dia. Tekstur macam krim tapi pekat dan berminyak. Bau, jangan harap la wangi. Dah nama pun red ginseng...bau ginseng le. Kuat jugak la bau ginseng tu tapi bila dah sapu dekat muka, bau tu makin kurang. Fungsi mask ni adalah untuk melembapkan kulit muka dan supply nutrition pada kulit.
Cara pakai senang je: 1. Cuci muka bersih-bersih
2. Sapu mask pada seluruh muka
3. Urut seluruh muka secara perlahan dalam 2-3 minit
4. Biarkan dalam 10 minit
5. Cuci bersih-bersih
Yang jenis ni kena cuci lama sikit sebab mask ni berminyak. Tapi lepas dah cuci tu memang lembut dan relaks je muka kita. Biasanya aku akan pakai mask ni bila aku rasa muka aku kering dan kasar (perghhh... kasar?)
Yang ni pula Jeju Volcanic.
Jeju Volcanic ni untuk kecilkan liang pori dan sangat sesuai untuk jenis kulit berminyak, liang pori besar dan berjerawat. Yang ni feveret aku. Memang best. Sebab lepas pakai memang nampak kesan walaupun tak ketara. Jerawat pun cepat kecut.
Cara pakai: 1. Cuci muka bersih-bersih
2. Sapu mask ke seluruh muka
3. Biarkan selama 10 minit (nak lama pun boleh)
4. Cuci sampai bersih dan tidur...hahha
Yang ni aku pakai sebelum tidur sebab lepas pakai mask ni muka rasa sangat fresh. Kalau nak nampak hasil yang lebih ketara kena la pakai selalu. Inshaa Allah, akan nampak hasilnya nanti.
Kesimpulannya, capsule recipe pack ni memang best tapi lagi best kalau Innisfree upgrade bekas mask ni. Eh...kalau diowang upgrade, harga mesti la naik kan. Huhuh. 1 bekas mask ni boleh guna 4-5 kali atau mungkin lebih (bergantung banyak mana kita guna), ala mesti guna sikit je sebab tekstur dia pekat. Lepas dah buka mask ni, kowang simpan la dalam bekas kedap udara sebab takut nanti mask ni beku atau rosak (bila dah bertukar warna lain..jangan guna)
Kalau kowang berminat nak cuba mask ni, kowang boleh dapatkan di De Lavenda Shop
till the next entry
assalamualaikum =)
wah,,yana xpernah pakai lagi. . tQ for information about produk trsebut,,jmput ke blog yana
ReplyDeleteur welcome..tak pe2 lepas ni boleh la try hehheh =)
Deletewah...menarik ni... thanks for sharing dear...
ReplyDeletesharing is caring...ur welcome =)
DeleteMahal tak.hee
ReplyDeleterm10 tapi boleh guna banyak kali.
Deletemesti sejuk je bila apply kat muka kan..
ReplyDeletea'ah sejuk je rasa bila apply kt muka..lepas pakai rasa fresh je hehe =)
Deletenice blog. saya follow dari segmen
ReplyDeletehttp://cudlybaby.blogspot.com/2013/07/2013-giveaway-from-farra-izzaty.html
:D
That's a great review!
ReplyDeleteDo you mind to check on my blog? I also have reviewed about Jejubija & Tea Tree Capsule Recipe Pack. Please visit it on http://1001dailyroutines.blogspot.co.id
Thank you! ^^
kelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino