Yeay!! Welcome back to Puncak Alam!



Woi echa da 4 hari kot ko dekat puncak alam ni baru nak tulis entry 'welcome back to puncak alam'...basi da wei! Mesti ada yang cakap macam tu kan?? X kesah la..yang penting aku nak tulis jugak..hahahah. Ye, memang betul aku da 4 hari dekat puncak alam ni. Secara rasminya aku menamatkan praktikal aku di Kangar 8 april hari tu. Mak ayah aku datang dari N9 hari tu jugak n sampai dekat rumah sewa aku sebelum aku habis kerja daaa. Ish...x dapat aku nak join diowg minum cendol dekat mane entah. Manja kan aku...mak ayah datang jemput tuh. hahah. Peduli apa aku. 

Dah siap2 packing barang semua...aku pergi jumpa tuan rumah, mak cik shidah. Just nak cakap bye2 mak cik shidah...huhuhu. Aku x terus balik N9 masa tu...gila la kalau balik jugak maknanya aku yang kena drive, kalau x bapak aku pengsan la drive 16 jam non stop. Oleh itu, kami anak beranak mengambil keputusan untuk bermalam di rumah pak oncu...cewwaah sastera ayat aku. Banyak benda aku dok bercerita dengan mak aku dari jumpa sampai la aku masuk tidur baru senyap mulut aku ni. Itu baru 6 minggu belum 6 tahun lagi...ish3. 

Pagi esok tu kitowg gerak dalam kul 10 pagi sebab adik aku bangun lambat. Dalam kereta pun aku dok pot pet pot pet dengan mak aku sampai mak aku pun letih dengar cerita2 aku...ish3 kesian aku. Mak aku tidur, aku kacau ayah aku pulak x pun adik aku. Yelah...banyak benda nak ceritakan. Kalau x ade owang nak borak aku pun melalak la sowg2. Hari tu 9 april n bfday Am...aku ingatkan mak nak singgah rawang tengok 3 stooges tapi x singgah pun...sedeyh aku. Terus je la balik rumah n sampai sana pun dalam kul 6 lebih. Laju kan ayah aku drive???

Hari ahad baru la aku gerak balik puncak alam. Sebenarnya aku baru habis buat case study yang kena hantar hari jumaat ni. Tapi assessment x siap lagi...ish3. Aku rindu dekat Kangar, n kawan2 yang ada dekat sana. Miss u all!! Entry ni aku malas nak upload pic. Nanti aku upload ok. Lagi 1 nantikan sambungan cerita minggu 4,5 n 6 aku di Kangar ok. Banyak benda nak cerita ni...tapi malas nak taip. hehehe


till the next entry...
assalamualaikum =)


p/s: rindu sama kak hanin, wani, min, mimi, fieqah n ayuni!!

2 comments: