Perancang Kehamilan

Assalamualaikum...

Sejak keluarga My Babies ni dah bertambah meriah, aku dah pening kepala dah macam mana nak buat supaya tak bertambah sebab yang ada ni pun tak larat aku nak jaga. Maksud aku kalau bertambah ahli, kos peliharaan pun akan bertambah juga kan? Pada mulanya, mak bagi cadangan kembiri/mandulkan yang betina. Ayah pula macam tak ada respon. Dari sehari ke sehari sampai la berbulan-bulan, tak juga bawa pergi klinik. Sampai la satu hari tu, ayah pergi masjid dan malam tu ada ceramah. Ustaz tu cerita pasal haiwan peliharaan dan bahawasanya memandulkan kucing adalah haram. Ya Allah, nasib baik la ayah aku tu berat je nak bawa diowang pergi klinik. Aku cari dekat internet tentang hukum memandulkan kucing. Ada yang mengatakan haran dan ada juga yang mengatakan harus. Ianya haram disebabkan dikhuatiri akan membahayakan nyawa kucing tersebut semasa pembedahan. Kalau nak tahu lebih lanjut, cari sendiri. heheh.

Alhamdulillah...minggu lepas masa ayah jumpa kawan dia yang kerja dekat klinik haiwan, dia cakap ada ubat perancang kehamilan untuk my babies. Petang tadi dia datang ke rumah. Dia sendiri yang bagi ubat. Ubat tu bukan pil tapi air dalam botol kecil dan injek masuk dalam mulut. Ayah tak tanya harga lagi masa tu..dia datang je ayah terus ambil Darling dulu. Lepas tu Acha, Anje, Mimi, Kiki, Bubu, Ara, D-bab, Tica & Ropa. Dah habis semua baru ayah tanya berapa. Bila dia cakap RM20 seekor.....terbeliak mata aku. Haaaa....mahalnya. hahaha. Tapi tak apa la...duit boleh dicari kan. Ubat tu tahan 6 bulan. So, lepas ni 6 bulan sekali kena bagi makan ubat perancang. Owang tu cakap 1 botol (adalah dalam 10ml) RM100+. Ok la tu kan...tak ada la sampai RM200. 1 botol tu untuk 10 ekor pun tak habis. Lepas ni, beli ubat je. After this, nak selesaikan My Babies House pula.


till the next entry
assalamualaikum =)  

16 comments:

  1. alahai..sweetnye..
    haiwan pun ada perancang kehamilan..kihkih..
    jgn buang anak merata2.. :D

    ReplyDelete
  2. heheh...aku pun baru tau yang haiwan pun ada ubat perancang. Berdosa membuang bayi..kihkih

    ReplyDelete
  3. Sekadar pendapat saya berdasarkan bacaan di internet, ubat perancang utk kucing lbh tinggi risikonya krn ada side effects spt kanser rahim dan sbg nya. Dan ops utk pemandulan meminimumkan risiko ketumbuhan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Saudari, saya nak tanya sikit, selepas kucing tu dpt injection perancang tersebut, dlm masa 6 bln tu, adakaah kucing2 masih mengalami simptom ingin mengawan seperti membuat bunyi bunyian, berguling guling dan sebagainya. Sekadar ingin tahu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat sangat respon, simptom mengawan tu macam biasa. semuanya normal. mungkin pencantuman sperm n ovum x menjadi la kot. Saya pn kurang pasti. Tentang kesan kanser rahim tu kurang jelas, mungkin saudari boleh dapatkan keterangan dr vet.

      Delete
  5. apa nama ubat tu sis..nak cari kat mana yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sis lambat sangat respon, nama ubat tu x ingat la. Tapi sis boleh tanya dekat klinik vet.

      Delete
  6. apa nama ubat tu sis..nak cari kat mana yek

    ReplyDelete
  7. apa nama ubat tu sis..nak cari kat mana yek

    ReplyDelete
  8. Saya juga Ingin dapatkan ubat tu. Boleh saya nama ubat tu?

    ReplyDelete
  9. Sis, saya nak tanya. Apa kesan bagi suntikan perancang kepada kucing yg ketika tu dia mengandung tapi kita tak perasan

    ReplyDelete
  10. Mana ada hukum nya haram!JAKIM sendiri dah keluarkan fatwa hukumnya HARUS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp kesian jugk kalau kucing kena bedah mcm mnusia gk dia

      Delete
    2. Sebenarnya, pil perancang kucing boleh memberikan kesan buruk untuk jangka masa panjang. Antaranya, penyakit pyometra (jangkitan bakteria di uterus). Kes ni selalu terjadi akibat pengambilan pil perancang dalam jangka masa yang lama.

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete