Alhamdulillah

Aku dah dapat result aku pagi tadi dan alhamdulillah semuanya ok walaupun x ada la gempak mana. Result aku maintain dan yang paling penting semuanya lulus...alhamdulillah. Berbaloi la dengan usaha aku yang x seberapa ni. Oh ye....aku happy bukan sebab result je tau tapi sebab adik aku akan sambung belajar balik. Sebelum ni pun dia belajar dekat uitm tapi dia keluar sebab x minat course 2. So, this november dia masuk poli dekat perak. Aku harap dia belajar rajin2 n belajar dari kesilapan. Aku pun x nak main2 lagi dah...2 sem ni aku kena buat betul2 n belajar rajin2. Aku x nak DIA hampa. Yes echa, you can do it!!




pic ni aku snap senyap2 je tau...mak n adik aku x tau pun huhuu. Mak aku tengah tolong adik aku pilih minyak rambut. Fyi, aku dah ada dekat puncak alam sekarang. Tiba2 rasa rindu yang amat sangat dengan family aku. 


Belajar rajin2 ye dik...=)


till the next entry 
assalamualaikum


PADAN MUKA KO!!

Attention!! Seperti mana yang kita tahu bahawasanya result uitm student keluar hari ni. So, aku bab2 nak tengok result ni memang cuak tahap cipan. Disebabkan result dihantarkan ke email masing2 jadi aku x nak la gelabah sangat g tengok kan, walaupun aku rasa macam nak pecah perut n jantung bagai nak meletop sebab cuak punya pasal. Aku pun duk relax tengok tv sambil makan kuaci (menipu! mana ada kuaci) sedangkan malam tadi aku x boleh tidur fikirkan result. Aku pun ambil keputusan tengok result 2 malam ni....dengan mata yang separuh tutup (ala2 tengok cerita hantu) pun buka la email dari uitm. 

Tup2 ayat ni yang keluar



Anda tidak sah untuk memaparkan maklumat Keputusan peperiksaan Semester ini.
Sila rujuk makluman dibawah:

"Keputusan peperiksaan anda disekat kerana tidak melengkapkan SuFO bagi semua subjek yang berdaftar bagi semester Disember-April 2011. Sila lengkapkan SuFO anda dengan kadar segera bagi membolehkan anda mendapatkan keputusan peperiksaan. Sebarang kemusykilan sila hubungi talian 03-55435780/ 5781/ 5791"




Hahahaha....esok la jawabnya kau dapat tahu result kau echa. Title entry ni adalah merujuk kepada AKU! PADAN MUKA KO ECHA! Itu la nak relax sangat. X dapat tidur jugak la aku malam ni. 


wish me luck
till the next entry
assalamualaikum =)

BOSAN!

Ok...aku macam x dapat terima yang cuti dah nak habis. Waaaa! Memang la bosan duk dekat rumah je tapi itu aku x kisah pun. Lagi satu perkara yang aku susah nak terima ialah....adik aku dah besar. Kalau kowang ada adik lelaki yang dah berumur 18 ke atas mesti kowang paham apa yang aku rasa. Aku bosan la...sebab dia selalu x ada dekat rumah. Susah kot nak jumpa dia. Pagi2 lagi dah keluar pergi tolong kawan dia berniaga. Lepas 2 balik kul 3 makan, solat n mandi bagai. Dah makan semua....keluar balik pergi lepak dengan kawan2 n main bola sampai la maghrib. Malam kuar jugak sampai pukul 12. 

AKU BOSAN! Aku bosan sebab x de kawan n dia la sowang2 je adik aku. Macam2 aku pancing dia suruh balik awal...sekali dua 2 menjadi la lepas 2 haremmmm. Kenapa la adik aku 2 bukan perempuan..kan best kalau perempuan. Aku nak lepak dengan dia macam dulu2...main game sama2. X best la adik beradik 2 orang je!! Rasa nak nanges....tetibe. Oh ye...mak aku ajak keluar esok. Adik aku pun ikut...yehee. Tapi.....bukan dengan mak yang jaga aku ni tapi dengan mak n abah kandung aku. Dia ajak g buat ic n lesen baru. Seriously, x excited pun nak keluar esok.





p/s: nape la masa kecik2 dulu aku x mintak adik pompuan dekat mak aku eh.




till the next entry
assalamualaikum 

[VIDEO] Jom layan....

Hey2...aku boring ni sebab semua orang x ada tinggal aku dengan wan je. So, aku on9 la cari video best2...heheh. Actually, video ni dah lama dah aku tengok tapi sampai sekarang kalau aku tengok pun still rasa teruja....hahah. Sebab apa?? Sebab best sangat. Kowang tau kan beatbox aka voice mouth 2 apa kan?? Ala...yang owang2 duk buat bunyi pakai mulut 2. Macam mana diowang buat eh?? Kenapa aku buat bunyi macam kentut?? hahahah. Adoiyai...huhuhu. Penat tau nak buat benda alah 2...kejang semua muscle2 dekat muka aku ni heh. Aku nak share dengan kowang ni video 2. Nak tengok x? X nak?? Pi main jauh2..heheh.






Ok x?? Nama dia Mike. Ramai lagi yang buat macam dia ni tapi aku rasa yang dia buat lagi best. Kalau nak tengok lagi...search la dekat youtube ok. =)




Talented betul la mamat ni...




Suara pun x sumbang...hahah.




Dia guna mulut je buat sound 2...no instrument.




Yang ni feveret aku sebab aku suka lagu ni n music dia pun best sangat..=) Nak tau x?? Birthday dia beza sehari je dengan aku...huhuhu. Tapi kenapa aku x ada bakat macam 2?? Dah2...nanti x pasal2 habis muka owang basah kena 'hujan' kahkahkah.



till the next entry...
assalamualaikum ;)

[DOWNLOAD] K-Drama: Dream High (full episode)

Hey....aku nak kongsi download link dengan kowang2 yang minat korean drama. Drama ni boleh dikatakan baru lagi sebab this year ditayangkan n best jugak drama ni. Sebab apa? Sebab.....taecyeon berlakon dalam drama ni..huhuhu. Aku x de la minat dia sangat..hahah. Drama ni pasal pelajar sekolah seni (Kirin Art School) n banyak scene menari & menyanyi. Kalau nak tau lebih lanjut, kowang boleh contact aku download ini cerita lepas 2 tengok la eh. heheheh.



























Enjoy the movie...
assalamualaikum =)