Happy Birthday ARFAN!!

25 feb hari 2 birthday arfan n celebrate 5 mac...aku x dapat join sebab aku dekat kangar. Aku xde mood nak taip sebab keyboard buat hal lagi...TENSION!!! Kowang tengok je la pic 2 eh...=)



































till the next entry 
assalamualaikum =)

~...3 minggu sudah berlalu...~

Pejam celik pejam celik...dah 3 minggu aku dekat kangar ni. Ini bermakna tinggal 3 minggu lagi....horey!!! Meh sini aku nak cerita apa yang berlaku sepanjang minggu ni. Minggu ni aku follow Miss A tapi x pergi ward la...just duk dekat department treat outpatient. Isnin sampai rabu dia cuti, so aku banyak ambil kes Mr R je. Semakin lama aku dekat department 2 semakin pelik tau...macam ada something misteri di sebalik department 2. But, bukan misteri hantu2 tau...ni pasal seseorang. Pasal siapa??? Aku pun x tau. Nanti aku cuba korek lagi rahsia2 physio dekat department 2 eh. 

Ada good news...entry kali ni ada pic tapi x banyak la sebab aku malas nak snap pic. Sepatutnya planning kitowang minggu ni ke bukit ayer mandi air terjun tapi disebabkan cuti sekolah mestila ramai owang pergi sana kan..so postponed next week. Hari ni kitowang pergi menghabiskan masa dan duit di padang besar...hahah. Macam2 benda aku beli...beli untuk mak aku la. Tapi x tau nak beli apa untuk ayah n adik aku...huhuhu. Penat giler jalan2 tadi.



ni pic masa second week...hantar kak alia balik sg petani.



muka happy dapat balik rumah =)



hanya kami bertiga di kuala perlis melayan perasaan..hahah



dok tunggu jagung bakar...sedap wooo.



yg sosej2 2 semua nama dia lokcin...macam2 perasa ada
sedap taw..aku suka peras ayam rempah dengan susu. =) yummy.



ni pulak dekat padang besar...lepas habis shopping kena la isi perut sebelum balik. 
Sebelum makan snap pic dulu...heheh. 



laksa dengan pulut ayam 2 sedap...=)



ops candid...sorry kak alia =)



smile =) ni je pic yang aku sempat snap.




till the next entry
assalamualaikum =)

Minggu ke-2 di KANGAR!!!

Assalamualaikum...macam biasa hujung minggu baru aku dapat update blog n entry ni still x ada pic lagi sebab memory card reader rosak. Minggu ni kak alia balik rumah dia dekat sg. petani, so kami tinggal bertiga di rumah sewa ni. Petang semalam kitowang hantar kak alia dekat stesen keretapi lepas balik kerja. Minggu ni aku follow Mdm Y g wad HDW, first n second class ward. Demam aku da hilang just tinggal batuk n selsema je lagi. Seksa nya sakit tekak. Mdm Y baik n dia best, banyak benda aku belajar dari dia. 

Hari ni kitowang x buang masa dekat rumah je, kitowang g lepak dekat rumah ex teacher fatin masa dekat mrsm dulu. Best giler teacher 2, macam2 dia bagi kitowang makan. Aku makan 2 mangkuk laksa n sebiji mempelam muda. Kenyang giler la. Aku tulis entry ni dekat dalam kereta sebab dak 2 owang 2 nak sangat makan aiskrim. Sambil tunggu diowang g beli aku pun on9 le.

Nak tau aktiviti kitowang setiap jumaat malam?? Kitowang g makan dekat luar pas 2 lepak dekat kuala perlis sambil makan sosej panggang....syokk wooo. Next week kemana pulak?? Tunggu....hahahah.


till the next entry
assalamualaikum....

FIRST WEEK!!!!

Assalamualaikum!! Dah seminggu aku dekat kangar ni baru hari ni aku dapat update blog. Sebab apa?? Firstly, lepas balik kerja memang penat gila sangat n kena buat assessment bagai. Secondly, line brokben dekat rumah sewa ni memang buat hati panas je...kejap laju kejap slow. Cuaca memang panas sangat sampai aku demam n mak datang sini tadi dari kedah...suka3. 

Minggu pertama ni physio aku Mr.S n aku start follow dia hari kedua sebab isnin x sempat nak follow. First n second week ni aku g ward je but next week dengan Mdm Y. Minggu pertama ni follow Mr.S g pediatrics, orthopedic n medical ward. Walaupun aku x belajar pediatrics lagi tapi dapat la sedikit info pasal pediatrics ni. Bila g orthopedic ward pulak ajar aunty 2 jalan guna walking frame..walaupun agak kelam kabut aku mengajar aunty 2 tapi naseb baek dia paham hahah. 

Sebenarnya banyak benda aku belajar bila g clinical walaupun baru first week...SEBAB dalam kelas selalu TIDUR hahah. Dekat sini aku sempat kenal physio students from unisel iaitu salwa, dini, devi n sharmila. Diowang best sangat2..tapi diowang dah balik dah hari ni sebab practical diowang dah habis. Bila duk lepak dengan diowang asyik dok gelak je sampai muscle2 dekat muka aku x boleh nak relax.

Malam tadi g makan ngan diowang dekat maicafe..not bad la restoran 2. Masa makan dekat situ asyik gelak je sampai abang pelayan 2 cakap kitowang budak2 sekolah...huhu. Dah sejam lebih kitowang dok lepak dekat maicafe pas 2 g kuala perlis dok lepak dekat tepi pantai pulak...dekat situ pun borak2 n gelak kuat2. Memang best la lepak dengan diowang. Entry ni boring sikit sebab x ade pic (x sempat nak snap pic). Maybe next entry ade pic..insyaALLAH. By the way, thanks Mr.S for everything.



till the next entry...
ASSALAMUALAIKUM =)