Have fun with my babies =)

Assalamualaikum, semua. Tinggal beberapa jam je lagi nak sambut kedatangan 2013. 2012 banyak tinggalkan kenangan yang pahit, manis semuanya ada. Tak mahu la cerita pasal 2012, aku nangis nanti. huhuhu. 

Aku tak nak cerita pun pasal 2012 ke 2013 ke. Cuma nak cerita pasal my babies 20 ekor ni. Sejak tengahari tadi Acha dah manja semacam, maknanya dah nak deliver la tu. Kot beranak tengah malam ni, dapat la baby tahun baru..haha.

Petang tadi macam biasa tepat jam 5 kena bagi diowang makan dan main. Biasanya, untuk baby 1 ke 6 bulan aku bagi whiskas junior (wet and dry food). Dan yang senior2 tu bagi yang dalam tin sama ada friskies atau whiskas. Sehari je 3 tin untuk petang sebab pagi makan dry food. 

Tapi, sejak awal bulan lepas aku tukar menu diowang daripada makanan tin kepada ikan rebus. Aku tukar pun sebab diowang dah muak makan benda tu..serious weyy kucing pun tahu muak. Nasib baik la ada pasaraya dekat Chembong ikan dia murah-murah dan fresh. Diownag ni pun hantu...ikan lama tak nak, nak yang fresh je. Demand giler. Harap-harap murah la rezeki aku dan keluarga untuk tahun 2013 ni, dan tercapai la impian aku nak buat rumah diowang. Amin.

Kalau aku duk layan diowang ni memang tak jadi kerja. Sebab tu la tiap-tiap hari jam 5 sampai 7 aku luangkan masa dengan diowang. Exercise pun dengan diowang. Kadang-kadang tergelak sowang-sowang tengok gelagat masing-masing. Jiran sebelah rumah aku dah biasa dah dengar aku menjerit panggil diowang ni.


ni d-bab..tenit yang paling nakal



ni bella...walaupun jantan. kah3



ni tica yang suka tumpahkan air



ropa dan ara. Pokok serai ni la feveret port diowang. Lepas makan je terus lari dekat pokok serai ni.



ni aby..dah macam anak ghimau dah aku tengok.



Main sama-sama =)



Nampak tak?? pokok serai ni dah tak ada rupa pokok dah.









ni abel. dia ni jantan, tapi manja ya rabbi.






aneng ni la yang mula-mula buat pokok serai tu jadi macam tu.



Bila nak suruh masuk cage je...semua lari suruh aku kejar. Bila dah penat, tahu pula datang minta dukung. Haisshhh...macam-macam ragam diowang ni. Bertuah sangat sebab ada diowang dalam hidup aku. Kakak sayang kowang semua.




Assalamualaikum =)

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun

Klik banner untuk join

Tarikh tutup: Hari ni....hua3 aku terlambat sudah. harap2 sempat la ye tuan tanah.



Ini jumlah sekarang...
Target? Tak ada target..asalkan ada yang sudi follow, terima kasih banyak2 =)





New Arrival!


Nak tengok lagi? Klik SINI


Dia tak suka, aku suka

Assalamualaikum

Aku suka kacau dia, dia tak suka
Aku suka cium dia, dia tak suka
Aku suka peluk dia, dia tak suka
Aku suka geli perut dia, dia tak suka

TAPI 

Dia suka aku buat semua tu bila nak minta makan je.

Itulah ACHA. Aku memang suka kacau dia. Bak kata mak, kalau aku ada kat rumah hidup Acha tak tenteram. Hahahah.


Haaaa....buat apa tu?



Dia tak nak layan aku.



Tak nak pandang kamera juga. 



Candid la kononnya. Still tak nak layan tuan dia yang keboringan ni.



Tak nak layan terus. Lepas snap gambar ni dia terus bangun dan pergi masuk bilik mak tidur atas katil. Amboi. Nak makan minta kat ayah, jangan minta kat kakak.
Perut yang besar...kesian dia penat bawa perut tu. Ada baby lagi..tak tahu la bila keluarnya.



till the next entry 
assalamualaikum =)

ANNOUNCEMENT!

Assalamualaikum...sebelum nak beradu ni (cewahhh), nak la buat reminder untuk beberapa perkara ni. 

Pertamanya, sape2 yang tak join lagi dan berminat untuk join contest echa tu...sila la, penyertaan anda dialu-alukan sebab tarikh tamat dah nak dekat dan kalau penyertaan kurang 20 orang ianya automatik dibatalkan. So, sesiapa yang berminat nak join sila klik SINI

Keduanya, sesiapa yang berminat untuk membuat pre order dengan De Lavenda Shop boleh la ke FB page echa yang ada dekat sidebar tu. Nak tahu barang apa? Sila klik SINI

Ok...tu saja. Terima kasih kerana sudi membaca entry ni. =)

Segmen Sabtu By Emas Putih


Klik banner untuk join 

Tag : http://hanyadihatiku.blogspot.com

Segmen : Aku Nak BW Dan Follow Blog Korang !

Assalamualaikum...
Boring2 tak ada kerja ni best jugak blogwalking kan. So, jom join segmen ni.



Sape2 nak join segmen ni klik banner tu ok =)



Hadiah contest ditukar!

Assalamualaikum..semua.
Baru-baru ni aku ada buat contest dan hadiahnya sangat-sangat simple tapi tak dapat sambutan. Oleh itu, aku akan tukar hadiah kepada yang lebih menarik. Nak tahu hadiah apa?

Jeng3





Tadaaaa









Kalau pemenangnya ialah lelaki, hadiahnya aku tak decide lagi but still mencari. TAPI, contest ni akan dibatalkan jika peserta kurang dari 20 orang. TAPI lagi, kalau batal pun jangan risau kepada yang dah join contest ni sebab ada saguhati menanti anda...cewahhh. Pada uolls girls, kalau uolls nak kan prizes ni cepat -cepat la join ye...31 Disember dah nak dekat. 

Apa-apa pun thanks for reading my blog semua =)

World of bags

Assalamualaikum...semua,

Nak bagi tahu ni yang De Lavenda Shop ada juga menjual macam-macam jenis bag yang comel-comel dan cantik-cantik. Kepada sesiapa yang berminat boleh la ke De Lavenda Shop. Kowang boleh dapatkan dengan harga yang murah. 



Nak tengok lagi boleh klik SINI

Pre order sahaja!

Assalamualaikum...semua,

Ada sesiapa yang berminat nak buat pre order untuk barang-barang ni? 



Peel-off mask (5 types)
RM12 /unit



Magic Pink Blush
RM7 /unit



Strawberry Milk Body Butter
RM12 /unit




Koshize Mini Lipstick 
RM17 /unit (8 colours -matte)
RM20 /unit (10 colours -sheer)



Foot Cream
RM12 /unit
Blue Pedicure Set
RM10 /unit



4 in 1 Foot Care Set
RM10 /unit



Fruity Lip Gloss Ultra Shiny
RM15 /unit




Facial Brush
RM7 /unit



Pink Pedicure Set
RM10 /unit


Heated Eyelash Curler
RM15 /unit


Manicure Full Set
RM15 /unit

Pembelian 3 barang dan keatas layak dapat 20% diskaun for each item.
Pre order tamat 31 Disember 2012
kos penghantaran RM6 (SM) RM9 (SS)

Kalau berminat boleh pm De Lavenda Shop atau SMS 011 15413209




Tag: 25 random facts about me

Assalamualaikum, semua

Tengok tajuk pun dah tahu aku nak tulis pasal apa kan? Fakta tentang diri aku, apa ya? Sebenarnya aku ditag oleh tuan blog Areleez ni untuk up entry 25 fakta diri aku. 25??? Banyak tu. 10 tak boleh ke? ahaha. So, sebelum mulakan baca dulu iklan penaja ni


"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Faham dah kan? Jom kita mula.

1. Aku seorang yang sukakan teknologi dan gadget. Nak tahu tak aku pernah repair laptop dan handphone daripada tak boleh on, dah boleh on dan berkhidmat untuk aku sampai sekarang. Haa...terer tak? terer tak?

2. Aku seorang yang sangat-sangat suka tengok movie dan drama. Tak kisah la genre apa pun semua aku layan tapi yang feveret genre horror, thriller and comedy. Kalau nak download, horror aku cari dulu.

3. Aku suka kucing...nope bukan suka tapi cinta dan amat sayangkan kucing. Kalau kowang follow blog aku kowang tahu la yang aku ada 20 ekor kucing buat masa sekarang mungkin akan bertambah sebab Acha pregnant..hahah.

4. Aku ada seorang adik lelaki je....nak adik perempuan. huhuhu =)

5. Aku suka beli benda-benda yang cute walaupun aku tak tahu apa guna dia. Bad habit (membazir) =(

6. Aku suka wangian...tak kisah la perfume ke, air freshner ke apa ke. Mana ada owang suka busuk kan? Yang feveret buat masa sekarang air freshner untuk bilik, aku guna Kogado sakura, perfume pula yang murah je 5 hengget dekat Hinode shop tu...hahah. Asalkan wangi aku suka, tak kisah la murah ke mahal ke kan. hahah

7. Aku hantu laksa. Sangat suka laksa ok. Yang penting kuah mesti kawwww punya. 

8. Aku tak suka owang merokok depan aku. LEMAS

9. Aku mengaku aku seorang yang garang dan panas baran kalau owang tu buat benda yang aku tak suka atau merimaskan aku.

10. Aku tak suka owang usik barang-barang aku tanpa izin. Macam buat harta sendiri.

11. Aku ada dua mak dan dua ayah. Dan sangat-sangat sayangkan diowang.

12. Aku GELI dengan amphibians. 

13. Aku tak pandai melukis, berenang dan menghias.

14. Aku belum daftar mengundi...hahah. Perlu ke aku bagi tahu?

15. Den owang nogoghi. Den banggo jadi owang nogonghi. Sapo2 kek sini budak nismilan moh kito poghie PD. Ado laghie ko pesta kek PD tu? haha

16. I'm a shopaholic. Seriusly, dulu masa poket kembung je pergi shopping but now kena berdikari. So, u ols support I ok. Doa-doakan la aku dapat kerja cepat dan bisnes kecik aku ni maju....aminn.

17. Ake suka benda FREE! gila la sape tak suka kan. Nak-nak lagi kalau benda-benda yang comel dan menarik.

18. Aku suka snap picture. Tapi bukan gambar aku. Maknanya aku lah yang jadi photographernya tapi sayangnya aku tak ada la DSLR tu semua.

19. Aku tak suka tempat crowded sebab tempat macam tu boleh naikkan darah aku. 

20. Sekarang aku dah suka minum air masak sejak ada botol NESTEA 1 liter tu. Sehari 3 botol. So, kepada kowang nak amalkan hidup sihat, banyakkan minum air masak ok.

21. Aku suka buat list sebelum keluar shopping. Nak-nak lagi kalau barang dapur.

22. Aku suka masak, suka cuba resepi baru, tapi tak pernah jadi kalau buat pastri. Yang ni kena pergi kelas. huhu

23. Aku pernah jatuh basikal dan tulang mandible (dagu) aku pecah. Tapi, physically tak nampak la. bila rasa dekat dagu ada lubang. hahah. legend tak?

24. Owang yang paling memahami aku ialah mak. Tak bagi tahu lagi, dia dah tahu dah. Bukan setakat masalah je, macam-macam dia boleh tahu.

25. Ok yang ni last kan? Aku sayang semua kawan-kawan aku dan sangat menghargai followers aku. 


Finally, mampu juga aku habiskan 25 fakta ni. Fakta ok bukan auta!! Dan ini la sebenarnya diri aku. 

Sekarang nak tag 25 owang untuk aku kenal diowang pula. Tapi kalau ada sesiapa yang tak ditag tapi berminat nak buat entry macam ni, silakan. Lagi ramai lagi baguskan. Kalau boleh, bagi la link untuk aku baca 25 fakta tentang kowang pula kan. 

 Areleez (ditag oleh Areleez)


20% Discount SOPHIE PARIS

Assalamualaikum, semua. Hari ni De Lavenda Shop buat sale lagi. 20% diskaun untuk setiap barangan SOPHIE tanpa daftar menjadi ahli...woww! Nak tahu macam mana nak dapatkan diskaun ni, sila pm inbox De Lavenda Shop sekarang! Jangan lepaskan peluang ni.



Mini End Year Giveaway


Jom join GA ni sebab hadiah dia best-best tau. Rugi tak join. Klik je banner tu kalau nak join ok.
Tarikh tamat tak ada, tapi kalau dah 150 orang blogger join so tamat la GA ni. Jom join cepat nanti tak sempat =)


Segmen Blogger Muslimah


Assalamualaikum..semua, banyak betul blogger buat segmen kan. So, jom kita meriahkan segmen ni. Klik banner kalau nak join segmen ni ye kawan-kawan =)

Untuk segmen ni aku nak tag Shakira Pathi dan Arrien Amani =)




Segmen Up Follower Bulan Disember


Klik banner untuk join segmen by Farra Izzaty.


Segmen Aqilah: Tambah rakan followers blog


Klik banner untuk join segmen Aqilah ni.



Segmen: "I Want More Likers by Fatini"


klik word bawah ni untuk join segmen Fatini.




My likers now: 59

Like my page HERE

Felinna Inchloss Lotion & Pure Marine Collagen Vitamin C

Assalamualaikum...semua,

Hari ni nak cerita sikit pasal dua produk dari Felinna Beauty ni. Dua-dua produk tengah hot sale sekarang. Jadi kepada sesiapa yang belum cuba produk -produk ni lagi jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya with the BEST PRICE di De Lavenda Shop atau boleh email terus ke aishah91_7@yahoo.com sekarang. Pada yang tak tahu tentang produk-produk ni boleh baca dulu dekat bawah ni ok.



Felinna Inchloss Lotion memang sangat2 awesome sebab sye turun 2kg selepas sebulan pakai lotion ni. Walaupun bila timbang rasa macam ala sikit je turun tapi u olls akan perasan ada shaping or part yang berlemak tu makin kurang dapat cubit.Serius, ni testimoni dari sye sendiri tau. 


 ♥ Inchloss adalah slimming lotion, yang bergerak secara menyeluruh pantas dan berterusan.  

♥ Kesan dapat dilihat seawal penggunaan pertama. ianya tidak panas, tapi sangat sejuk bila pakai 

♥ Inchloss lebih efektif bila disapu pada kulit yg kering :) so kalau berpeluh lap atau keringkan baru sapu. tak la rugi uols punya inchloss kan ? :) 

♥ Pengambilan inchloss memadai dengan kuantiti yg kecil/sedikit. sebab bila kte dah berpeluh nnti dia akan rasa panas-panas sikit bila terover sapu. lagi-lagi bila dah berpeluh.. ok ni pengalaman sendiri.. hahah teruja nak kurus punya pasal.. :P 

♥ Telah diluluskan oleh KKM, dan mempunyai logo halal. Logo ni penting, sebab majoriti yg pakai ialah umat islam, jd kita perlu tahu dan amik tahu, samada produk ni ada halal atau tidak kan? 

♥ Tindak balas yg biasa dialami oleh pengguna inchloss termasuk sy org sekeliling sy yg guna inchloss ni ialah  mudah dan lancar buang air besar.

 ♥ inchloss boleh disapu setiap 30 mins lepas makan! lagi cepatlah dia membakarkan? 

♥ cara sapuan inchloss yg betul :- ikut lawan jam,sapu agak-agak 5min sebab nak bagi lemak uoll tu lagi cepat terbakar!!  

♥ minum air kosong minimum 3 LITER sehari sebab ape? sebab air adalah "ubat kurus" paling mujarab dan murah!! mencuci lemak dan toksin dalam badan tau!  


bagi yang belum mencuba boleh cuba tau! :) kompem tak rugi ok. tapi perlu sentiasa ingat, perubahan tak sama bagi setiap orang kerana ia bergantung kepada cara hidup dan pemakanan kita. DAN dont espect berat akan turun berbelas2 kilo dalam masa yang sekejap, kawalan pemakanan, pengambilan air mineral yg cukup, jumlah eksesais. sebab apa? sebab ini SLIMING LOTION bukan JAMPI SERAPAH :P so semua aspek pon main peranan :)  


nasihat dr felinna: #kalau xkurus fel cadangkan u pergi try penimbang yg bole check body fat,fel yakin yg body fat korang turun cuma berat in kg shj msih belum turun, setiap badan xsama resultnya,jika sesuatu produk mmg berkesan ke ars semua org makanya gulung tikar lah company lain! So jgn mudah berputus asa ya, apa saja produk yg anda cuba pasti ada kelebihan tersendiri,sentiasa positif, mungkin inchloss adalah penyelesaian buat anda yg dh mencuba byk produk!













Pure Marine Collagen Vitamin C (PMCVC)


Kandungan PMCVC dan kelebihannya


1) Glutathione
*Gluta berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan kolagen.
*Gluta berupaya bertindak mencegah pembentukan melanin gelap sekali gus berfungsi sebagai ejen pemutih.
*Kelebihan gluta untuk badan antara lain berupaya meningkatkan imunisasi badan, mencegah barah selain membantu melambatkan proses penuaan.
*Gluta mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain. Secara tidak langsung, gluta menjadi bahan yang amat diperlukan untuk mendapatkan kulit cantik tanpa masalah
2) Vitamin C
*Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (polusi, matahari, iklim, AC, asap rokok, dsb). So, abang-abang yang smoking boleh la ambil vitamin C ye untuk kekalkan kecantikan kulit.
*Mencerahkan kulit ( brightening effect ). Tanpa efek samping yang merugikan. Dengan Vitamin C kulit lebih cerah secara alamiah.
*Menghilangkan parut jerawat, Melicinkan kulit, Mengecutkan jerawat dan Kulit nampak glowing, Mengatasi masalah kulit kering, Mengatasi masalah bibir merekah. Mengatasi masalah kulit seperti whitehead dan blackhead
3) Pure Marine Collagen
* Mengandungi kandungan serat yang tinggi bagi memudahkan penghadaman dan mengatasi masalah sembelit/buasir.
* Melembapkan, melicinkan dan menghaluskan kulit
* Menegangkan kulit , awet muda kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrikle), sehingga kulit nampak lebih muda dan halus.
4) Ekstrak Citrus
*mempunyai khasiat dan manfaat untuk membunuh sel kanser termasuk kolon, payudara, prostat, paru-paru dan pankreas
*mengurangkan risiko kanser kulit.






Berminat? Boleh order di De Lavenda Shop for the BEST PRICE!