Cerita Raya dan Kahwin
Assalamualaikum..huh lama giler tak update ni. Ok la malas nak membebel panjang-panjang. Kan baru je lepas raya mestila nak cerita pasal hari raya dan sekarang pun dah masuk musim kenduri kahwin, bertunang dan sebagainya. So, raya tahun ni sama je macam tahun-tahun sebelumnya. Tak ada apa-apa yang berubah, cuma umur je dah meningkat dari 21 ke 22...huhu. Bila umur dah meningkat ni, ramai pula kawan-kawan seperjuangan (cewahhh sebaya la) yang nak mendirikan rumah tangga la, jadi tunangan orang la dan jadi mama pun ada..heheh. Jom mula dengan cerita raya dulu.
Raya pertama. Tak pergi mana pun, duduk rumah melayan tetamu huhu. Baju raya pun tak dapat pakai. Sebab tu la tak ada tema raya hahah.
Mak & Mak
Raya kedua baru la dapat keluar beraya. Tu pun pergi dekat-dekat je.
Cerita Kahwin. 17 Ogos lepas, kawan aku sejak zaman tadika sampai sekolah menengah dah pun selamat bergelar isteri. Teringat zaman sekolah dulu nak-nak lagi masa zaman PMR, macam tak percaya je dia kahwin dulu. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Fiza. Bila kawan-kawan lama dah berkumpul, macam-macam cerita la keluar. Kitowang lepak sana, dari pukul 12 tengahari sampai dekat pukul 3 petang, sampai mak aku tanya aku pergi tolong basuh pinggan ke dekat sana. Lepas tu, aku tak terus balik rumah tau. Kawan-kawan yang lain ajak pergi melawat baby kawan kitowang (Balqis) yang kahwin tahun lepas (kawan sekolah juga). Balqis bersalin 31 Julai dan selamat melahirkan anak perempuan yang sangat comel. Nurul Qairina namanya. Hari yang sama juga, Sara (kawan sekolah) pun dah selamat jadi tunangan orang. Tiba-tiba aku pun rasa macam nak kahwin...haahhah. mengada. Layan la gambar ye.
Ini la baby Nurul Qairina
Selamat pengantin baru Fiza & Bad.
Nadia, Husna, Zila & me
dengan pengantin :)
Lepas ni, turn siapa pula ye????
Next day, aku and family pergi beraya dekat Rawang pula. Kak lang buat open house tapi tak berapa nak open sangat la heheh (kawan-kawan dia je)
ok la..sampai sini je sebab dah kering idea nak taip apa.
till the next entry
assalamualaikum =)
DIY: Makeup brush holder
Assalamualaikum..ok nak buat short entry je sebab rasa macam nak demam tapi degil juga nak up entry ni. Yela..blog ni dah lama tak update. Kesian blog ni. Benda ni dah lama dah aku buat tapi baru sekarang nak cerita. Bagi yang suka layan youtube makeup guru, mesti kowang dah cam benda ni kan. Pada mulanya, nak buat macam gambar bawah ni tapi disebabkan bahan-bahan atau perkakasnya tak ada dan susah nak dapat dekat REMBAU ni. So, aku modified la dengan bahan-bahan yang dah sedia ada dalam rumah. Maknanya, 1sen pun tak keluar la untuk makeup brush holder ni.
Simple but nice kan? Filler tu (benda biji2 dalam bekas tu) tujuan dia untuk pastikan brushes tu tegak berdiri. Maknanya, tak ada la brushes tu senget sana senget sini. Nampak kemas dan tersusun kan?
Disebabkan aku ni tak kreatif, so aku nak buat la sebijik macam dalam gambar-gambar tu. First step, aku cari clear vase. Nak bagi senang kerja, aku cari melalui online. Tak jumpa pun. Akhirnya, aku jumpa yang betul-betul menepati citarasa aku dekat web Ikea. Tak kan la aku dari rembau most wanted nak pergi damansara semata-mata nak beli vase RM24.90 ni.
Cari vase filler dekat online pun tak jumpa. Entah macam mana tiba-tiba dapat idea nak guna lebih manik baju raya tahun lepas dan manik-manik dekat bunga telur owang kawen tu. Agaknya sebab nak sangat holder macam tu, tu yang otak ni duk fikir macam-macam. Akhirnya, dapat juga makeup brush holder yang di impi-impikan selama ni.
Jeng3
Inilah hasilnya. Carca marba kan? Macam-macam kaler ada. Jadilah, daripada tak ada. huahuahua. Oh ya, kalau nak tahu tu bekas taucu...hahahaa. Kata short entry, ni dah panjang dah ni. K la bai2 goodnight.
till the next entry,
assalamualaikum =)
Subscribe to:
Posts (Atom)




























