Finally! Alhamdulillah..

Assalamualaikum,

Pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari kawan dan bertanya "dah tengok result belum?". Dengan muka tak cuci lagi dah pergi on lappie...berdebar-debar jantung macam nak terkeluar sebab takut, apa la rupa result aku ni. Oleh kerana UiTM terus hantar result dekat email, so tak ada la masalah macam semester 1 dulu. Dengan bacaan Bismillah aku klik email tu....dan ALHAMDULILLAH aku lulus. Berkat doa mak dan ayah, dan usaha, akhirnya I'm officially GRADUATED. Konvo belum lagi...tahun depan. Sepanjang perjalanan hidup aku sebagai pelajar Fisioterapi ni banyak pengalaman mengajar aku, selama tu juga la aku pernah jatuh teruk dan semangat dari mak yang buat aku kuat dan tabah untuk mengharungi apa jua dugaan aku selepas ni. Terima kasih Ya ALLAH. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah yang banyak memberi ilmu dan juga kepada kawan-kawan HS114 yang sanggup dan sudi berkongsi ilmu dan harap kita semua dapat meneruskan kejayaan kita sampai bila-bila. Jangan putus asa walaupun banyak halangan yang menduga kita. Tahniah kawan! Tahniah juga kepada semua pelajar UiTM yang dapat result pagi tadi. UiTM dihatiku. hehehe...




Malunya...nak sorok mana muka ni?? ishhhh

Ish3...panjangnya tajuk. Ha...ni la nak cerita ni. Selasa lepas, dipagi yang indah aku lambat bangun sebab penat kenduri sabtu tu tak hilang lagi (fuhh dahsyat giler, sampai hari selasa pun tak hilang lagi ye echa??) heheh. Masa aku tengah syok mimpi ada owang rompak rumah aku tiba-tiba mak aku datang sambil jerit "kak bangun! ayah kena parang!" aku punya terkejut terus melompat dari katil sebab ingatkan betul-betul ada owang merompak tapi rupa-rupanya tangan ayah kena parang masa nak tebang pokok pisang. 

Aku ingat besar la kan luka dia sebab aku tengok mak panic giler tapi ayah rileks je sambil pegang ibu jari. Aku dalam keadaan mamai lagi pergi ambil tisu tekap dekat luka tu. Aku tengok kejap je tisu tu dah penuh dengan darah. sekali aku buka tisu tengok luka banyaknya darah keluar, patut la mak aku panic sampai tak boleh duduk diam. Kalau dah macam tu kena jahit la nampaknya. Mula-mula ayah kata ayah nak pergi klinik sendiri naik motor je, tapi macam mana pulak nak bawa motor dengan keadaan tangan macam tu. 

So, aku menawarkan diri aku hantar ayah ke klinik. Dah la tak mandi lagi, pergi toilet pun basuh muka dan salin seluar je lepas tu capai je mana-mana tudung yang ada. Punya la laju aku bawa kereta tu sebab tengok darah menitik-nitik dah, terus je aku masuk dekat emergency. Dah la dekat area tu muat-muat dan berbukit..bila motor parking pula dekat situ sempit la jadinya. Aku nak reverse pun takut sebab takut langgar motor owang, last-last sampai kereta ternaik tembok..habis bunga owang tu aku langgar. Dah la masa tu ramai pulak owang dekat klinik tu...malunya aku sampai tak tahu nak letak muka dekat mana. 

Pada mulanya aku berhasrat nak turun pergi tengok ayah macam mana, akhirnya aku ambil keputusan duduk dalam kereta je. Dekat 3 jam jugak la aku tunggu dalam kereta. Aku malu dah nak pergi klinik tu...aku sanggup pergi klinik jauh. Kesian makcik tukang kebun tu kena tanam balik bunga tu. Minta maaf banyak-banyak la makcik, saya tak sengaja. Harap-harap tak akan terjadi lagi perkara macam ni.




till the next entry
assalamualaikum =)